Inter-campus Camp (I.C.C. 2011)

ST. LUKAS, Kota Padawan – Seramai 40 orang peserta termasuk fasilitator telah mengikuti program Inter-campus Camp (I.C.C.) 29-31 Julai yang lalu. Antara kampus yang terlibat adalah Institut Pendidikan Guru kampus Batu Lintang (IPGBL), Kolej Kesihatan Sains Bersekutu (KSKB), UNIMAS, UMS, UNIRAZAK, IPTAR, Politeknik Kuching, Swinburne, Kolej Multimedia, UKM dan peserta lepasan matriks.  Tema ICC tahun ini adalah “Faith, Hope, Love & Freedom”.

 

Penceramah jemputan untuk ICC ialah Msgr. William Sabang yang memberi ceramah mengenai “Hope” (Harapan). Beliau menjelaskan bahawa “Faith, Hope & Love” adalah anugerah dari Allah. Beliau juga menekankan bahawa berharap sahaja tanpa kemahiran, tekad dan ketahanan seseorang itu tidak akan berjaya. Deacon Joseph Liew juga penceramah jemputan untuk ICC dan beliau memberi topik mengenai “Faith” (Iman). Beliau memulakan ceramahnya dengan menanyakan definisi Iman dan menerangkan bahawa Iman adalah sesuatu keyakinan terhadap benda yang tak ternampak serta jaminan bagi sesuatu yang diharapkan. Topik “Love” (Cinta Kasih) dan “Freedom” (Kebebasan) dibentang dan dikongsikan oleh pihak penganjur sendiri. 

 

Kebanyakkan peserta telah mempelajari dan mengetahui dengan lebih mendalam lagi mengenai tema ICC itu sendiri. Mereka juga mengenali pertumbuhan rohani dan mempelajari dari satu sama lain daripada aktiviti berkumpulan. Aktiviti-aktiviti lain yang dilakukan adalah seperti “Morning Meditation”, “Animation”, “Praise & Worship”, perkongsian dalam kumpulan, doa Taize dan renungan peribadi. Para peserta juga diberi peluang untuk membuat laporan kumpulan secara kreatif. Walaupun diberi masa yang singkat namun setiap kumpulan mampu mempersembahkan laporan dalam bentuk lakonan, nyanyian dan sajak.

ICC diakhiri dengan perbincangan berkumpulan mengikut kampus untuk tindakan susulan tentang apa yang mereka akan lakukan selepas ICC dan bagaimana mereka mengongsikan apa yang telah dipelajari dengan rakan-rakan mereka di kampus. Dalam borang maklumbalas mereka, majoriti peserta ICC berharap agar lebih ramai lagi peserta akan mengikuti program sebegini pada tahun hadapan kerana ianya bukan sahaja telah membentuk aspek kerohanian peribadi mereka malah telah memberi mereka kesedaran akan pentingnya untuk memelihara perhubungan yang telah terjalin dengan Yesus Kristus.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: