WHO DO YOU SAY THAT I AM?: K.A.Y.A 24

4 05 2016

KOTA PADAWAN: Atas kasih kurniaNya, Program K.A.Y.A ke-24 telah melabuhkan tirai dengan jayanya pada 7 Febriari 2015. Program anjuran Komisi Belia keuskupan Agung Kuching ini berlangsung dengan jayanya pada  11th Januari hingga 7th Febrauri 2015. Program ini disertai seramai 155 peserta dan 15 orang peserta.  Program ini adalah program tahunan yang ditaja sepenuhnya oleh Keuskupan Agung Kuching. Peserta KAYA 24 ini terdiri daripada paroki St. Jude Bunan,  St. Theresa Serian, St. Ann Kota Padawan, Our Lady Queen of Peace Sri Aman, St. Peter Padungan, St. Stephen Bau, Holy Spirit Lundu, paroki St. Joseph Kuching, Masai Johor, Sarikei, Kapit, Mukah, dan Julau.

Peserta K.A.Y.A 24 berkampung selama sebulan di pusat pastoral St. Lukas, Kota Padawan dan terdiri daripada mereka yang menunggu keputusan SPM, dan STPM, lepasan kolej dan Universiti. Program ini dimuatkan dengan empat aspek iaitu formasi hidup berkomuniti, formasi kemanusiaan, formasi kerohanian dan formasi pastoral. Menerusi aspek tersebut, peserta diperkayakan dengan beberapa aktiviti iaitu Misa Kudus harian, doa kelompok dan individu, sesi ceramah dan bengkel. Selain itu, peserta berpeluang untuk membuat penginjilan ke beberapa kampung di paroki sekitar Keuskupan Agong Kuchingserta pilgrimage ke Pusat Peringatan Pilgrimage Katolik, CMPC di Singai, Bau bersempena dengan Tahun Jubli Kerahiman.

Selain itu, peserta turut mempelajari kemahiran untuk membina semangat kekeluargaan dalam hidup berkomuniti dengan aktiviti kelompok  iaitu bekerja, bernyanyi, bergaul dengan rakan  baru. Mereka juga mempelajari cara untuk memahami Firman Tuhan di samping melakuan perkongsian antara satu sama lain sama ada perkongsian alkitab mahupun perkongsian kemahiran dan bakat. Lantaran itu, program ini bukan sahaja melahirkan umat kristian katolik yang kaya imannya malah menjadi rasul Kristus yang akan melayan dan berjasa bukan sahaja di komuniti gereja malah kepada masyarakat sekeliling

Program ini diakhiri dengan Misa Penutupan yang dirayakan oleh Uskup Agung John H, Bishop Simon Poh dan Rev Fr. Felix Au.

KAYA 24(GRP PHOTO)

 

Berikut adalah beberapa testimoni daripada para peserta:-

Sepanjang program KAYA ini berlangsung, saya telah belajar erti hidup dalam komuniti, hidup berdikari dan hidup dalam keadaan yang sederhana. Saya juga belajar untuk mensyukuri dan menghargai apa yang telah diberikan kepada saya. Melalui pengalaman yang telah saya perolehi selama sebulan di program KAYA ini, saya berusaha untuk menjadi seorang Kristian yang lebih baik dengan sentiasa berterima kasih dan saling mengampuni antara satu sama lain. (Meldrick ak Shepard, St. Mark Batu Kawa)

Perkara yang telah saya pelajari ialah hidup dalam komuniti. Sebelum ini saya tidak pernah berkongsi tempat tidur dengan orang lain tetapi semasa program KAYA, saya dapat menyesuaikan diri untuk hidup dalam komuniti. Perkara yang paling menyentuh hati saya ialah semasa mengikuti outreach ke Kpg Mentung Mubuk. Semasa outreach ini, saya telah belajar erti bersyukur dengan apa yang saya miliki dan apa yang saya tidak dapat miliki. Pengalaman-pengalaman yang saya perolehi ini amat membantu terutamanya untuk menjadi seorang Kristian yang lebih baik kerana saya boleh menginjil tanpa rasa takut dan malu. (Mathias anak Albert, Holy Spirit Lundu)

 

Apa yang telah saya pelajari semasa program KAYA ini ialah tentang cara hidup berdikari dan berjauhan dengan ahli keluarga. Saya juga belajar tentang cara untuk hidup dalam komuniti yang mengutamakan kesatuan, komunikasi dan kerjasama. Selain itu, saya telah mempelajari cara untuk mendekatkan diri lebih dalam dengan Tuhan dan mendalami ajaran agama. Saya banyak belajar tentang doa-doa seperti Doa Angelus, Divine Mercy, Taize, Holy Hour dan tentang Misa Kudus. Melalui semua ini, saya juga belajar cara untuk mengampuni dan mengasihi orang lain dengan rendah hati. Apa yang paling menyentuh hati saya semasa program KAYA ialah tentang tali persaudaraan yang dijalinkan. Ketika sesi ceramah pula, saya sangat tersentuh terutamanya dalam topik Parents and Child Relationship dan semasa disuruh untuk menulis surat kepada ibu bapa. Saya turut tersentuh semasa doa Divine Mercy, Taize dan Holy Hour dijalankan serta layanan yang baik daripada fasilitator. Pengalaman ini membantu saya supaya lebih terbuka hati dan bersedia untuk mengampuni serta mengasihi orang lain. Saya juga bersedia untuk melayani dan berkongsi pengetahuan yang telah saya perolehi dengan orang lain. Akhir sekali, saya akan sentiasa bersyukur dengan apa yang saya ada dan mengongsikannya dengan orang lain. (Aliscia anak David, St. Theresa Masai)

 

Saya telah belajar untuk hidup berdikari selama sebulan di program KAYA. Saya juga belajar untuk hidup dalam komuniti kerana selama ini saya tidak pernah berkongsi makanan dan bilik mandi dengan orang lain. Selain itu, saya telah berjumpa dengan ramai rakan baru dan dapat mengenali Yesus dengan lebih dalam lagi. Semasa perkongsian Injil, saya telah berani dan tidak malu untuk berkongsi cerita dengan rakan-rakan saya. Perkara yang menyentuh hati saya ialah semasa sesi Puji dan Sembah. Selama ini saya tidak pernah memuji dan menyembah nama Tuhan Yesus kerana saya tidak tahu bagaimana caranya. Saya juga tersentuh setiap kali mendengar lirik lagu yang dinyanyikan. Pengalaman ini telah mengajar saya supaya tidak takut mewartakan Berita Baik tentang Yesus serta tidak malu untuk memuji dan menyembah nama-Nya. (Stephnie Sumpai, St. John Church Brunei)

Laporan disediakan oleh Bruan Constance & Silvia Gordon

 

 





Kuching Archdiocesan Youth Apostolate 23 (K.A.Y.A 23)

26 02 2015

SAM_4731   St Lucas Centre, Kota Padawan- With the theme ” who do you say that i am?” Mark 8:29, Kuching Archdiocese Youth Apostolate 23 (K.A.Y.A 23) program was started with a facilitator training from 9 January to 11 January 2015 and continued with the program itself from 12 January until 9 February 2015. The program was ended with a closing Mass presided by His Grace Dato’ Archbishop John Ha.

It is a one month stay-in program at St.Lucas’ Centre Kota Padawan, 10th Miles. The program is organized for the students who are waiting for their SPM n STPM result and also for the youths who are like to join. There were four aspects of formations in this program; they are Community Living Formation, Human Formation, Spiritual Formation and Pastoral Formation. These aspects can be observed through daily mass, personal and community prayers, inputs and sessions and outreach to the difference Parishes within the Archdiocese of Kuching. They learn how to build the spirit of living together as one family by working together, praying together, singing together, socialize with their new friends, learn to understand the Words of God and share their knowledge and talents from each other. This program also helps them to grow in their Christian Faith and to help them to be independent and grow as a better and discipline person for the Church and the society.

There were 108 participants from various parishes and diocese joined the K.A.Y.A 23 program namely St Joseph Cathedral, St Mark Batu kawa, St Peter Padungan, Blessed Sacrament Church, Holy Spirit Lundu St Theresa, Serian, St Ann, Kota Padawan, St Stephen, Bau, St Jude, Bunan, Our Lady Queen of Peace, Sri Aman, Mary Immaculate Conception Church, Kapit and St Theresa Masai, Johor. There were 12 facilitators including 1 sister and 2 seminarians to help throughout this program.

Below are the testimonies from different parishes:

Pada mulanya, saya tidak tahu apa yang patut dijangkakan. Bagi saya, 28 hari adalah tempoh yang sangat panjang, tetapi tanpa menyedari, pejam celik pejam celik, kem ini berlalu begitu sahaja. Saya merasai bahawa masa yang saya habiskan di kem ini tidak terbazir walau sesaat pun. Dalam masa sebulan saya menyertai kem ini, saya telah mempelajari dengan lebih mendalam banyak perkara seperti iman kita sebagai anak Allah, persahabatan dan hidup berkomuniti. Melalui program ini, saya telah berpeluang untuk bergaul dengan para belia yang mempunyai latar belakang yang berbeza serta diberikan pendedahan terhadap pelbagai situasi yang berkaitan dengan hidup kita sebagai orang Katolik. Pendek kata, kem ini merupakan suatu pengalaman       yang sungguh bermakna dan tidak mungkin saya lupakan. Saya akan meneruskan pelayanan dalam misi penginjilan sepanjang hidup saya. – Vincent Juang St Joseph Cathedral

SAM_4748

Saya berpeluang mengenali Tuhan Yesus dengan lebih mendalam  malah mempelajari pelbagai doa seperti Divine mercy dan Taize. Saya tidak dapat melupakan sesi ‘parent child relationship’ dimana ianya menyedarkan saya betapa pentingnya menghormati ibu bapa saya. Apabila tamatnya program ini, saya akan terus melayani lebih lebih lagi di paroki saya sendiri.  – Willimena, St Peter Padungan

SAM_4753

Saya telah mempelajari bagaimana untuk menjadi seorang ketua/pemimpin, tinggal secara komuniti dan bagaimana untuk membuat perkongsian alkitab. Pengalaman yang tidak dapat saya lupakan adalah semasa community service dimana saya bertemu dengan mereka yang kurang upaya. Pengalaman ini memberi menyedarkan saya agar sentiasa bersyukur dan jangan memandang rendah dengan mereka yang kurang upaya . Saya bersemangat untuk melayani di paroki saya dengan segala ilmu yang saya perolehi. –Dympna Constance Dewis, Mary Immaculate Conception Church Kapit

SAM_4736

Selama sebulan saya menyertai program K.A.Y.A, saya belajar untuk hidup dalam komuniti. Dalam kehidupan berkomuniti, saya mendapati bahawa kerjasama dan sikap saling menghormati adalah penting. Saya juga dapat merasa cinta kasih Yesus ketika hidup dalam komuniti. Selain itu, saya juga mempelajari bagaimana menjadi seorang ketua yang baik serta sentiasa meletakkan Yesus di hadapan setiap pekerjaan yang saya lakukan. Saat yang tidak dapat saya lupakan adalah apabila saya menulis surat kepada ibu bapa saya. Saya dapat meminta maaf kepada ibu bapa saya dan menyedarkan saya akan kesilapan saya terhadap mereka. Saya akan terus melayani dan menginjil supaya orang di sekeliling saya dapat merasai kehadiran Yesus Kristus sepertimana saya merasainya. – Maria Magdalene, St Stephen Bau

SAM_4737 Sebulan berada di program KAYA, saya mempelajari banyak perkara, antaranya adalah betapa besarnya cinta kasih Tuhan Yesus pada diri saya,mengenali siapakah diri saya yang sebenarnya dan mengubah cara pemikiran saya. Selain itu, program ini menyedarkan saya  betapa pentingnya menghormati ibu bapa di mana saya berpeluang untuk menulis surat kepada ibu bapa saya untuk memohon maaf dan ucapan terima kasih kerana telah menjaga saya selama ini. Saya lebih bersemangat untuk melayani dan melibatkan diri dalam aktiviti belia di gereja selepas tamatnya program ini. – Bianca Mars, St Ann Kota padawan.

SAM_4738I love this KAYA program very much! It was physically and mentally tiring, but enjoyable and inspiring. I have an opportunity to learn on how to be a good leader and have a good team work. I met new friends from different parishes. Besides, I learned how to grow in my faith so that i can serve others better in doing God’s will. I really enjoyed when we had our praise and worship session.  I feel the joy and love of God.  I am very excited to serve in my parish and in any youth activities. – Diana Ayynensia bong, St Jude Bunan

SAM_4747My experience in KAYA is the best one so far. At first I had a hard time to adapt myself to the environment but because of my willingness to know God more and discover myself, I persevere. Living in a dorm is not easy. Even getting up early in the morning took me a lot of effort. However, from KAYA I learned how to be independent. As a matter of fact, I learned a lot in KAYA. Joining KAYA gives me a lot of joy and calmness. It taught me to express myself and not hide what I can do for God. The most memorable thing I gained from KAYA is meeting new friends. I will always remember the laughter we shared and the time we spent together. I had gone through a lot with the people I be friended with this past four weeks which is why letting go is the hardest part. Doing praise and worship together is the best because we sang together; we danced together and praise our God together. I will continue to work for the Lord and evangelize in my own parish. Hopefully next year there will be more people joining KAYA. Also, I hope that I can be a good servant-leader after this. – Natalie Serani, Our Lady Queen of Peace, Sri Aman

SAM_4739

Program KAYA memberi peluang kepada saya untuk mengenali Tuhan dan merasai cinta kasihnya dengan lebih mendalam.Selain itu, saya belajar untuk mengenali erti persahabatan antara sesama kristian walaupun kami mempunyai perbezaan dari segi jantina dan budaya. Perkara yang tidak dapat saya lupakan adalah semasa saya menjadi pengacara dalam sesi Puji dan Sembah semasa malam perpaduan.  Walaupun ia merupakan perkara yang baru pada saya, tetapi dengan adanya kekuatan, doa  dan sokongan rakan-rakan, saya berjaya melakukannya. Saya harap program sebegini diperbanyakkan lagi agar iman belia pada hari ini akan terus kukuh. Saya tidak sabar mahu melayani di parish saya!. – Reynold Belat Albert, St Theresa, Masai Johor.

SAM_4750

Pengalaman  saya di program K.A.Y.A 23, adalah bagaimana untuk menjadi seorang penginjil dan seorang umat Kristen yang taat. Saya tidak dapat melupakan tugas yang telah diamanahkan sepanjang program ini berlangsung kerana ianya amat membantu saya untuk berubah menjadi  lebih berdikari dan tidak bergantung kepada orang lain. Saya amat teruja untuk membantu dalam program belia dan terus melayani. – Mary Macavinna, Holy Spirit Lundu

  SAM_4749

Saya amat gembira kerana dalam program ini saya mempelajari untuk memahami orang di sekeliling saya dan berkongsi kesedihan atau kegembiraan bersama-sama. Saya tidak dapat melupakan apabila saya telah dihantar untuk menginjil di kawasan bandar dan kawasan luar bandar di mana merupakan perkara baru bagi saya dan membiasakan diri di tempat orang. Saya sudah bersedia untuk menjadi seorang penginjil dengan mengunakan apa ilmu yang telah saya pelajari di program ini. – Boris Adrin, St Theresa Serian

SAM_4687

SAM_4635

SAM_4610

SAM_4441

SAM_4445

SAM_4494

SAM_4522

SAM_4531

SAM_4650





TAIZE PRAYER- Alumi KAYA

11 08 2014

AKAYA telah mengadakan doa taize pada 18 Julai yang lalu, bertempat di Gereja St. Mark, Batu Kawa. Aktiviti tersebut bermula pada pukul 8.00 malam dan terbuka semua yang berminat dengan doa taize. Ini merupakan perjumpaan doa Taize ketiga sepanjang tahun ini. Seramai lebih kurang 60 orang hadir pada malam tersebut yang terdiri daripada ahli AKAYA dan juga rakan serta ahli keluarga. Semasa aktiviti tersebut, doa khas bagi perperangan di Gaza, pergolakan di Sabah dan mangsa tragedi kapal terbang MH17 turut diselitkan. Semua yang hadir memberikan respon yang amat baik terhadap aktiviti yang serba ringkas tetapi penuh bermakna ini. AKAYA bercadang untuk mengadakan doa taize lagi pada bulan September dan ianya terbuka kepada sesiapa sahaja tidak kira belia mahupun orang dewasa.

july6july5

july4

july3

july2

july





Kuching Archdiocesan Youth Apostolate(KAYA) 22

13 03 2014

ImageImageImageImageImage

KUCHING- From 13 Jan until 10 February 2014, a total of 157 participants together with facilitators from different parishes were at St Lukas Centre, Kota Padawan for KAYA 1 month stay-in program with the theme “Who do say that I am” taken from Mark 8:29 which covered 4 aspect of formation; Spiritual Formation, Human Formation, pastoral Formation, Social Formation. This program also provides them a platform to experience living as a community of faith. For this year, we also received outside participants from Sibu Diocese, Malacca-Johore Diocese and from Brunei Darussalam.

Testimonies:

Darren Richmnod: I have learned a lot of new things from KAYA 22 such as conducting prayer meetings, living together as a community by helping each other and being out of the comfort zone during sharing time. This experience have helped me to become a better Christian youth as I’ve become even more responsible for my own actions and I’m brave enough to face any obstacles by praying.

Veronica Nicholas : Saya telah mempelajari terlalu banyak perkara di KAYA 22 . Contohnya , cara untuk mengendalikan Praise n Worship dengan betul . Saya juga mempelajari cara untuk menjadi pendengar yang baik jika seseorang berkongsi sesuatu cerita hidup mereka kepada kita . Pengalaman yang saya peroleh melalui perkongsian kawan-kawan ialah mengajar saya untuk tidak berputus asa dengan apa jua masalah dan saya sentiasa mengingatkan diri saya bahawa ada lagi orang yang lebih teruk dan susah daripada saya . Ini membantu saya dalam menguatkan iman .





K.A.Y.A. XX (20) 2012

7 03 2012

KOTA PADAWAN –  Komisi Belia keuskupan Agung Kuching baru-baru ini telah berjaya menganjurkan Program KAYA ke-20 yang telah diadakan selama satu bulan iaitu dari 9th Januari – 6th Febraury 2012 dengan jumlah pesertanya seramai 148 orang dan pembantu seramai 15 orang.  Program ini adalah program tahunan yang ditaja sepenuhnya oleh Uskup Agung John Ha. Peserta –peserta KAYA ini datangnya dari paroki St. Jude Bunan,  St. Theresa Serian, St. Ann Kota Padawan, Our Lady Queen of Peace Sri Aman,  St. Stephen Bau, Holy Spirit Lundu dan Katedral St. Joseph Kuching.

Dalam program ini, para peserta didedahkan dengan hidup berkomuniti di samping mendalami iman mereka tentang cinta kasih Yesus di dalam sesi-sesi yang telah dijalankan seperti  Penemuan diri, Hubungan Ibu Bapa dan Anak, Puji dan Sembah, “Taize prayer”, “ salvation History” dan banyak lagi. Selain daripada itu, para peserta juga didedahkan dengan pelbagai jenis bentuk doa di samping perayaan misa yang diadakan setiap hari oleh paderi.

Program ini diakhiri dengan Misa Penutupan yang dirayakan oleh Uskup Agung John Ha dibantu oleh Fr. Leonard Yap dan Fr. Joseph Liew. Berikut adalah testimoni beberapa orang peserta yang telah mengikuti program KAYA ke-20  pada tahun ini.

   Veronica Rose (St.Joseph Cathedral) Saya mempelajari  bagaimana cara untuk mengenali diri saya sendiri dalam cinta Yesus.Perkara yang menyentuh hati saya ialah apabila saya dapat bekerjasama dalam satu komuniti yang besar dan juga dapat memberikan satu impak yang bermakna dimana saya diberi peluang untuk menyampaikan berita baik Tuhan kepada Umatnya.Saya berharap agar para belia di luar sana supaya menyertai mana-mana program yang dapat membantu memulihkan iman,antaranya ialah program “K.A.Y.A”.

 

 

 

Fiona Leh (St. Ann) Apa yang menyentuh hati saya dalam program K.A.Y.A 20 ini ialah setiap kali makan bersama ahli kumpulan .Keadaan ini membuat saya merasa semangat kekeluargaan.Kami berkongsi dengan sama rata hidangan yang telah kami dapat.Besikap adil pun timbul di kalangan kami.Selain itu aktiviti yang dijalankan memang sangat menyentuh hati saya seperti ceramah tentang parent child relationship ,taize n healing.Semasa dalam program K.A.Y.A,saya mempelajari banyak perkara.Antaranya,saya belajar tentang prayer meeting,taize,bible sharing.Selain itu,saya belajar untuk berkongsi kerjasama dalam sebuah komuniti yang besar ini.Di samping itu,saya belajar untuk menghormati orang di sekeliling saya dan tidak bersikap tamak.Akhir sekali saya,mendapat perkataan baru dalam kamus hidup saya ialah berdisiplin,sentiasa bersih dan peka.Malahan saya menjadi seorang yang lebih penyabar dalam hidupan baru saya.

  Leonard Remon (St.Jude Bunan) Saya dapat merasakan kasih Tuhan begitu indah dalam hidup saya dan juga dapat mendalami kasih Tuhan Yesus.Melayani kasih Yesus  begitu indah dalam hidup kita.Dalam program K.A.Y.A  ini,saya dapat mempelajari pelbagai doa yang baru dalam hidup saya.Saya juga  dapat belajar melayani Tuhan dalam doa praise n worship.Saya juga dapat mempelajari cara membentuk diri saya yang baru.

 

 

 

Paydick  Peter (Holy Spirit Lundu) Saya mewakili Holy Spirit Lundu dan apa yang telah saya pelajari selama menyertai program K.A.Y.A. 20 ini ialah saya telah mengetahui cara melayan Tuhan melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti Puji dan Sembah ,Taize Prayer dan Healing ,misa dan sebagainya.Selain itu,melalui aktiviti-aktiviti seperti penyembuhan ia mampu menyentuh saya sehingga membuatkan saya menangis bila memikirkan cabaran dan pengalaman hidup saya.Sekarang saya merasakan kehadiran Yesus Kristus melalui Roh kudus dan saya mempelajari banyak perkara baru yang membentuk iman dan kepercayaan saya terhadap cinta kasih Yesus Kristus.Kepada generasi-generasi baru sertailah program ini untuk dapat bekalan iman bagi menempuhi hidup yang baru.Amen

 

   Judith Jalie (Our Lady Queen of Peace,Sri Aman) Yang saya pelajari dalam program K.A.Y.A ini ialah belajar cara untuk bergaul dengan orang ramai.Paling penting ialah saya dapat tahu bagaimana cara untuk melayani Tuhan.Contohnya seperti belajar untuk seorang ketua dalam puji dan sembah serta mengajar belia di kampung saya dan juga belajar bagaimana cara doa Taize kerana ini adalah kali pertama saya mengenalinya di dalam program ini. Dalam program K.A.Y.A  ini perkara yang paling menyentuh hati saya ialah semasa sesi mengenai  keluarga.Ia mengingatkan saya akan keluarga saya di rumah,kerana merekalah darah daging saya dan kami mengharungi kesusahan dan kesenangan bersama.Selain itu,mengingati perangai saya ,tingkah laku saya terhadap mereka.Kemudian,semasa menulis surat kepada mereka untuk meluahkan perasaan sayang saya terhadap mereka kerana saya berasa malu untuk mengungkapkannya  dari mulut.Walaupun begitu,saya akan membantu mereka melakukan kerja rumah untuk meringankan beban mereka serta menunjukan perasaan sayang saya.

 Shirlinda (St.Stephen Bau) Yang menyentuh hati saya ialah ketika para faci dan peserta bekerjasama melakukan aktiviti-aktiviti semasa program dijalankan.Tapi yang paling,menyentuh hati saya ialah para faci bangun awalsetiap pagi semata-semata untuk kami semua.Kadang-kadang ada yang tidak sempat mandi,tidak cukup tidur .Dari situ,saya dapat rasa betapa sayangnya mereka kepada kami.Yang telah   saya pelajari semasa menyertai program K.A.Y.A ini ialah saya belajar untuk mengenali Tuhan dengan lebih dekat lagi.Kerjasama sangat diutamakan ..Selain itu,saya belajar untuk bersabar dan mementingkan kepentingan bersama. Yang paling menyentuh hati saya ialah tentang kekeluargaan kerana ia memberi pengalaman untuk mendapatkan ilmu yang lebih dalam tentang perhubungan kekeluargaan di antara ibu bapa dan anak-anak.Saya lebih mengetahui peranan seorang ibu-bapa dalam berhubung dengan anak-anak nya dan mendapatkan lebih daripada yang saya inginkan untuk membantu ibu bapa saya.

Testimoni daripada ibubapa peserta:

 This program impressed me a lot to see how courageous these young people stand in front to share, sing and worship the Lord. God must have touched their life. It is a good program that the youths gained fundamental catholic faith that will help them grow in their catholic faith. (Parents to Henrietta Joanne Patrick – Mdm. Hellen Tipong Sigau, St. Ann’s Parish)

 

 

 

 

I encourage the Family Bloc Rosary to support this program as this program has brought a lot of fruits including priests and religious in the Archdiocese of Kuching. Also it is a renewal program to empower the rural youth in the archdiocese. The program has brought family reconciliation which is in line with the archbishop vision on the pastoral focus on the family. (Parents to Silvia Gordon – Mr. Petrus Gordon, St Mark Church)





KAYA- 19 Graduates: Who Do You Say That I Am? ” Mark 8:29

22 02 2011

KOTA PADAWAN – With the theme “Who Do You Say That I Am? “ (Mark 8:29), Kuching Archdiocesan Youth Apostolate program has brought 180 participants included 10 facilitators in a 4 weeks stay-in program at St. Lukas Catholic Centre, Kota Padawan from 10th January 2011- 14th February 2011. This is the 19th KAYA program which has been successfully done with the full support of His Grace, Archbishop John Ha. These 170 graduates were from different parishes such as St. Joseph’s Cathedral, St. Stephen’s Parish, Holy Spirit’s Parish, St. Ann’s Parish, St. Theresa’s Parish, St. Jude’s Parish and Our Lady Queen Of Peace’s Parish, Sri Aman. In this program, they learnt about Community Living, Human Formation, Spiritual Formation and Pastoral Formation through daily mass and personal prayer with our Lord. On the last day, the program was concluded with mass by His Grace, Archbishop John Ha and continued with lunch together with AKAYA 19.

Testimonies from some participants:

•Hai shalom semua.Nama saya Theresa Evila anak Hanry Dai Parole dari Paroki St Ann, Kota Padawan
who do say that I am?’ sebagai anak kaya, pengalaman yang tidak dapat dilupakan dalam seumur hidup,ini lah tempat betapa besarnya kasih yesus kepada kita, so harapan saya..joinlah KAYA, KAYA is the best!! `Yesus love you’..

.Hai ,shalom semua. Nama saya Joycie Emily ak Jeorgie dari paroki st Ann, Kota Padawan
•Saya rasa sungguh gembira kerana dapat mengikuti program KAYA pada tahun ini. Tema pada tahun ini ialah `who do you say that I am?”.Kami telah pelajari banyak aktiviti seperti Taize, praymeeting dan healing. Ia sangat menyoronokkan, jadi harapan saya kepada para belia di sana agar dapat ikuti program ini tahun depan..
•Hai, Saya  Denial Jut dari Paroki St Joseph, Kuching
Sebelum masuk KAYA saya tidak pernah ikuti program youth yang diadakan oleh paroki kerana ia menbazirkan masa saya.Apabila saya masuk program KAYA, saya rasakan iman saya semakin kuat dan ingin teruskan misi saya . Sekalian terima kasih..
•Hai semua, saya Maria Timono dari Holy Spirit , Lundu

`Saya sangat gembira kerana dapat menyertai program KAYA pada tahun inidan Tuhan telah memanggil saya untuk menyertai program ini. Banyak pengalaman yang saya pelajari dalam program ini seperti puji d an sembah, taize dan yang paling penting cinta kasih yesus bagi diri saya. Saya berharap agar rakan-rakan dapat menyertai program ini tahun depan, ia amat bermakna kepada diri kita.. sekalian God bless you all.
•Hai semua, saya Waylon Vest ak Masen dari Paroki St. Jude, Bunan Gega.
`dengan tema KAYA ”  who do you say that i am?”, saya telah pelajari sesuatu yang kekal mengenai Yesus,  jadi saya harap para belia di luar sana ,datang lah menyertai KAYA tahun depan..sekalian.





K.A.Y.A. 18 (2010)

18 02 2010

KOTA PADAWAN – Seramai 119 orang peserta termasuk fasilitator telah menyertai program K.A.Y.A. yang ke-18 yang bermula dari 11 Januari hingga 8 Februari, bertempat di Pusat Katolik St. Lukas, Batu 10. Program yang bertemakan “Who Do You Say I Am” (Luke 9:20) telah disertai oleh para belia dari 7 buah paroki dalam Keuskupan Agung Kuching dan telah merangkumi 4 aspek utama dalam formasinya iaitu, kehidupan berkomuniti, pembentukan kemanusiaan, pembentukan rohaniah serta pembentukan pastoral. Program tersebut telah diakhiri dengan misa kemuncak oleh His Grace Archbishop John Ha.

Testimoni daripada peserta K.A.Y.A. 18:-

“Program ini telah membentuk diri saya menjadi lebih baik.” (Cornelius Usang, Our Lady Queen Of Peace, Sri Aman)

“Melalui program ini, saya telah menyedari betapa besarnya kasih Tuhan Yesus kepada kita.” (Mathilda Chung, Holy Spirit, Lundu)

“Saya telah mengenali diri saya dengan mendalam dan saya telah berubah. Saya telah meninggalkan cara hidup saya yang lama.” (Cynthia Naar, St. Theresa, Serian)

“Saya dapat rasakan cinta kasih Tuhan dalam diri saya semakin mendalam. Program ini juga telah membentuk sahsiah diri dan membantu mengenali siapakah diri saya.” (Karltwin, Gereja St. Mark, Batu Kawa)

“Melayani Yesus adalah sesuatu tugas yang begitu indah. Kasih Yesus adalah terlalu indah.” (Antonious, St. Jude, Bunan Gega)

“This camp had earned me how to live my life as a true Christian both mentally and spiritually. My personal words of encouragement for the youth out there is, join this camp next year if you ever wondered what God had planned for you and see how it changes your life.” (Aaron Poddy, St. Stephen, Bau)

“I have learned many things such as friendship, love and live in one community as brothers and sisters in Christ.” (Humphrey, St. Ann, Kota Padawan)

(From left: Cornelius Usang, Mathilda Chung, Cynthia Naar, Karltwin, Antonious, Aaron Poddy & Humphrey)