Keep In Touch Always(K.I.T.A) Program

4 05 2016

Pada 9 April 2016, program K.I.T.A (Keep in Touch Always) anjuran bersama Kuching Campus Ministry (KCM) dan PYM Bau telah diadakan di Dewan Fr. Luis St Stephen, Bau.  Seramai 33 peserta dari Bau, Lundu, Bunan dan Padawan telah mengikuti program tersebut dengan jayanya. Program sehari berkenaan bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke luar dan dalam negeri. Kesedaran seperti isu-isu pelajar di universiti, hak hak dan tanggungjawab pelajar di Universiti dan hubungan sihat di kampus telah disampaikan oleh 3 penceramah jemputan iaitu Dr. Andrew Aeria, Mr. Cosmas Klumai dan Mdm Susanna Juan yang turut hadir untuk memberi input berguna kepada para peserta. Perkongsian pengalaman daripada pelajar-pelajar dan alumni turut dimuatkan dalam program ini bertujuan untuk membuka minda pelajar tentang isu isu hangat masa kini yang dialami oleh para pelajar yang menuntut di Universiti dalam dan luar Sarawak. Program ini telah diakhiri dengan perayaan Misa bersama dengan umat oleh Fr Leonard Yap di gereja St Stephen Bau.

Laporan disediakan oleh Erickson Desik.

_MG_1435 _MG_1721





WHO DO YOU SAY THAT I AM?: K.A.Y.A 24

4 05 2016

KOTA PADAWAN: Atas kasih kurniaNya, Program K.A.Y.A ke-24 telah melabuhkan tirai dengan jayanya pada 7 Febriari 2015. Program anjuran Komisi Belia keuskupan Agung Kuching ini berlangsung dengan jayanya pada  11th Januari hingga 7th Febrauri 2015. Program ini disertai seramai 155 peserta dan 15 orang peserta.  Program ini adalah program tahunan yang ditaja sepenuhnya oleh Keuskupan Agung Kuching. Peserta KAYA 24 ini terdiri daripada paroki St. Jude Bunan,  St. Theresa Serian, St. Ann Kota Padawan, Our Lady Queen of Peace Sri Aman, St. Peter Padungan, St. Stephen Bau, Holy Spirit Lundu, paroki St. Joseph Kuching, Masai Johor, Sarikei, Kapit, Mukah, dan Julau.

Peserta K.A.Y.A 24 berkampung selama sebulan di pusat pastoral St. Lukas, Kota Padawan dan terdiri daripada mereka yang menunggu keputusan SPM, dan STPM, lepasan kolej dan Universiti. Program ini dimuatkan dengan empat aspek iaitu formasi hidup berkomuniti, formasi kemanusiaan, formasi kerohanian dan formasi pastoral. Menerusi aspek tersebut, peserta diperkayakan dengan beberapa aktiviti iaitu Misa Kudus harian, doa kelompok dan individu, sesi ceramah dan bengkel. Selain itu, peserta berpeluang untuk membuat penginjilan ke beberapa kampung di paroki sekitar Keuskupan Agong Kuchingserta pilgrimage ke Pusat Peringatan Pilgrimage Katolik, CMPC di Singai, Bau bersempena dengan Tahun Jubli Kerahiman.

Selain itu, peserta turut mempelajari kemahiran untuk membina semangat kekeluargaan dalam hidup berkomuniti dengan aktiviti kelompok  iaitu bekerja, bernyanyi, bergaul dengan rakan  baru. Mereka juga mempelajari cara untuk memahami Firman Tuhan di samping melakuan perkongsian antara satu sama lain sama ada perkongsian alkitab mahupun perkongsian kemahiran dan bakat. Lantaran itu, program ini bukan sahaja melahirkan umat kristian katolik yang kaya imannya malah menjadi rasul Kristus yang akan melayan dan berjasa bukan sahaja di komuniti gereja malah kepada masyarakat sekeliling

Program ini diakhiri dengan Misa Penutupan yang dirayakan oleh Uskup Agung John H, Bishop Simon Poh dan Rev Fr. Felix Au.

KAYA 24(GRP PHOTO)

 

Berikut adalah beberapa testimoni daripada para peserta:-

Sepanjang program KAYA ini berlangsung, saya telah belajar erti hidup dalam komuniti, hidup berdikari dan hidup dalam keadaan yang sederhana. Saya juga belajar untuk mensyukuri dan menghargai apa yang telah diberikan kepada saya. Melalui pengalaman yang telah saya perolehi selama sebulan di program KAYA ini, saya berusaha untuk menjadi seorang Kristian yang lebih baik dengan sentiasa berterima kasih dan saling mengampuni antara satu sama lain. (Meldrick ak Shepard, St. Mark Batu Kawa)

Perkara yang telah saya pelajari ialah hidup dalam komuniti. Sebelum ini saya tidak pernah berkongsi tempat tidur dengan orang lain tetapi semasa program KAYA, saya dapat menyesuaikan diri untuk hidup dalam komuniti. Perkara yang paling menyentuh hati saya ialah semasa mengikuti outreach ke Kpg Mentung Mubuk. Semasa outreach ini, saya telah belajar erti bersyukur dengan apa yang saya miliki dan apa yang saya tidak dapat miliki. Pengalaman-pengalaman yang saya perolehi ini amat membantu terutamanya untuk menjadi seorang Kristian yang lebih baik kerana saya boleh menginjil tanpa rasa takut dan malu. (Mathias anak Albert, Holy Spirit Lundu)

 

Apa yang telah saya pelajari semasa program KAYA ini ialah tentang cara hidup berdikari dan berjauhan dengan ahli keluarga. Saya juga belajar tentang cara untuk hidup dalam komuniti yang mengutamakan kesatuan, komunikasi dan kerjasama. Selain itu, saya telah mempelajari cara untuk mendekatkan diri lebih dalam dengan Tuhan dan mendalami ajaran agama. Saya banyak belajar tentang doa-doa seperti Doa Angelus, Divine Mercy, Taize, Holy Hour dan tentang Misa Kudus. Melalui semua ini, saya juga belajar cara untuk mengampuni dan mengasihi orang lain dengan rendah hati. Apa yang paling menyentuh hati saya semasa program KAYA ialah tentang tali persaudaraan yang dijalinkan. Ketika sesi ceramah pula, saya sangat tersentuh terutamanya dalam topik Parents and Child Relationship dan semasa disuruh untuk menulis surat kepada ibu bapa. Saya turut tersentuh semasa doa Divine Mercy, Taize dan Holy Hour dijalankan serta layanan yang baik daripada fasilitator. Pengalaman ini membantu saya supaya lebih terbuka hati dan bersedia untuk mengampuni serta mengasihi orang lain. Saya juga bersedia untuk melayani dan berkongsi pengetahuan yang telah saya perolehi dengan orang lain. Akhir sekali, saya akan sentiasa bersyukur dengan apa yang saya ada dan mengongsikannya dengan orang lain. (Aliscia anak David, St. Theresa Masai)

 

Saya telah belajar untuk hidup berdikari selama sebulan di program KAYA. Saya juga belajar untuk hidup dalam komuniti kerana selama ini saya tidak pernah berkongsi makanan dan bilik mandi dengan orang lain. Selain itu, saya telah berjumpa dengan ramai rakan baru dan dapat mengenali Yesus dengan lebih dalam lagi. Semasa perkongsian Injil, saya telah berani dan tidak malu untuk berkongsi cerita dengan rakan-rakan saya. Perkara yang menyentuh hati saya ialah semasa sesi Puji dan Sembah. Selama ini saya tidak pernah memuji dan menyembah nama Tuhan Yesus kerana saya tidak tahu bagaimana caranya. Saya juga tersentuh setiap kali mendengar lirik lagu yang dinyanyikan. Pengalaman ini telah mengajar saya supaya tidak takut mewartakan Berita Baik tentang Yesus serta tidak malu untuk memuji dan menyembah nama-Nya. (Stephnie Sumpai, St. John Church Brunei)

Laporan disediakan oleh Bruan Constance & Silvia Gordon

 

 





Taize Prayer with AKAYA

13 03 2014

KOTA PADAWAN – AKAYA telah mengadakan doa taize pada 1 Mac yang lalu, bertempat di Pusat Katolik St. Lukas. Aktiviti tersebut bermula pada pukul 8.00 malam dan terbuka semua yang berminat dengan doa taize. Seramai 50 orang hadir pada malam tersebut yang terdiri daripada ahli AKAYA dan juga rakan serta ahli keluarga. Melalui aktiviti ini, para hadirin dapat menenangkan diri setelah penat mengharungi hari-hari sebelumnya. Ia turut memberi peluang dan merupakan masa yang tepat untuk membuat persediaan awal bagi memulakan musim prapaska. Semua yang hadir memberikan respon yang amat baik terhadap aktiviti yang serba ringkas tetapi penuh bermakna ini. Setelah doa taize berakhir, sesi makan makanan ringan diadakan bagi membina keakraban antara sesama. AKAYA bercadang untuk mengadakan doa taize lagi pada masa akan datang di mana ianya terbuka kepada sesiapa sahaja tidak kira belia mahupun orang dewasa.

Dilaporkan oleh: Nina Gordon

ImageImage

taize3





‘Wonderfully Made’ di Kpg Bobak

17 11 2010

Bau –  Pada 31 Oktober, Sabtu, Kpg Bobak, Singai telah menjadi tuan rumah dalam seminar ‘Wonderfully Made’. Seminar ini telah dianjurkan oleh team Wonderfully Made sendiri yang terdiri daripada Puan Stephanie Ng, Encik Michael Junim dan isteri, Sister Perpetua, Lucy Gumek, Almanzo Mangan, Henry Luk, Sheena, Grace & Mark Bulow. Seminar ini disertai oleh para belia berumur 15 tahun ke atas dan ibu bapa di kampung tersebut. “You are Wonderfully Made” menjadi tema utama bagi seminar ini. Ini bertujuan agar para belia tidak terjebak serta tidak meneruskan dengan melakukan perkara yang negatif dan seharusnya menjalani kehidupan yang sihat, ibubapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik dan membimbing anak-anak. Antara aktiviti yang dilakukan ialah perbincangan dalam kumpulan, sing along, tayangan video, perkongsian kisah sebenar dan sebagainya. Walaupun seminar ini dijalankan dalam masa sehari sahaja, namun para belia dan ibubapa yang hadir amat berpuas hati kerana seminar ini memberi makna dan kebaikan pada setiap individu.





Primary 6 camp in Serian

3 11 2010

Serian – About 90 Year six youth from various schools took part in a day camp at St Ann Church, Kampung Kakai on 16 October.  The camp was organised by the Sarawak Catholic Teachers’ Guild, Serian Branch and assisted by Empowered  Ministry with their team leader, Karen from Kuching.  Theme of the camp was “God’s Love and Being Special”.  The activities enhance participants to discover themselves being created special.  In addition, participants have opportunity to socialise with participants from other schools.  The following are feedback from participants:

SK Rayang, “We are very happy and grateful today because we are given a chance to sing Praises to the Lord, able to meet new friend, and  pray together as a big family.”

SK Slabi, “Thank you; we are filled with joy and happiness today! We not only meet many new friends but we have learned a lot too. We are excited for God.”

SK St Theresa, “Today we are happy. We can sing can dance for God. We are no more shy and bore.  Most of all, we succeeded in putting aside today for God’s activities!”

Mass of the day was celebrated by Fr Paul Herry.





Kem Singai 2010

29 03 2010

CMPC, Bau – Pada 19 hingga 21 Mac 2010 yang lalu, Young Christian Undergraduates (YCU), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Samarahan, telah menganjurkan Kem Singai di CMPC Singai, Bau. Tujuan utama kem ini dijalankan adalah untuk mengumpulkan semua pelajar Kristian dari semua institut pengajian tinggi (IPT) di sekitar Kuching yang merangkumi pelbagai mahzab gereja untuk bersama-sama melayani Tuhan sebagai satu keluarga. Seramai 56 orang peserta yang menyertai Kem Singai kali ini termasuklah ahli jawatankuasa kem serta peserta dari Politeknik Kuching. Tema Kem Singai pada kali ini adalah “Who Am I?”.

Menurut Joshua Joel, salah seorang peserta Kem Singai, melalui kem ini dia dapat membentuk dan memenuhi keperluan spiritual melalui doa Taize dan juga sesi Puji dan Sembah. Selain itu, dia juga dapat merasai kehadiran Roh Kudus semasa aktiviti “Foot Washing” berlangsung.

Salah seorang lagi peserta Kem Singai, Winna Enchuk memberitahu bahawa dia dapat merasakan yang Tuhan Yesus ada bersamanya dan membasuh kakinya semasa aktiviti “Foot Washing”.

Secara keseluruhannya, Kem Singai ini dapat  menyedarkan para peserta mengenai sejauh mana hubungan mereka dengan Yesus. Selain itu, kem ini juga dapat mencungkil bakat-bakat terpendam para peserta melalui malam kebudayaan yang berlangsung pada malam Sabtu. Kem ini juga telah menjawab persoalan yang sering menjadi tanda tanya iaitu “Siapakah Yesus?” dan jawapannya ialah Yesus ialah Tuhan dan Yesus adalah Raja yang sangat mengasihi kita!





K.A.Y.A. 18 (2010)

18 02 2010

KOTA PADAWAN – Seramai 119 orang peserta termasuk fasilitator telah menyertai program K.A.Y.A. yang ke-18 yang bermula dari 11 Januari hingga 8 Februari, bertempat di Pusat Katolik St. Lukas, Batu 10. Program yang bertemakan “Who Do You Say I Am” (Luke 9:20) telah disertai oleh para belia dari 7 buah paroki dalam Keuskupan Agung Kuching dan telah merangkumi 4 aspek utama dalam formasinya iaitu, kehidupan berkomuniti, pembentukan kemanusiaan, pembentukan rohaniah serta pembentukan pastoral. Program tersebut telah diakhiri dengan misa kemuncak oleh His Grace Archbishop John Ha.

Testimoni daripada peserta K.A.Y.A. 18:-

“Program ini telah membentuk diri saya menjadi lebih baik.” (Cornelius Usang, Our Lady Queen Of Peace, Sri Aman)

“Melalui program ini, saya telah menyedari betapa besarnya kasih Tuhan Yesus kepada kita.” (Mathilda Chung, Holy Spirit, Lundu)

“Saya telah mengenali diri saya dengan mendalam dan saya telah berubah. Saya telah meninggalkan cara hidup saya yang lama.” (Cynthia Naar, St. Theresa, Serian)

“Saya dapat rasakan cinta kasih Tuhan dalam diri saya semakin mendalam. Program ini juga telah membentuk sahsiah diri dan membantu mengenali siapakah diri saya.” (Karltwin, Gereja St. Mark, Batu Kawa)

“Melayani Yesus adalah sesuatu tugas yang begitu indah. Kasih Yesus adalah terlalu indah.” (Antonious, St. Jude, Bunan Gega)

“This camp had earned me how to live my life as a true Christian both mentally and spiritually. My personal words of encouragement for the youth out there is, join this camp next year if you ever wondered what God had planned for you and see how it changes your life.” (Aaron Poddy, St. Stephen, Bau)

“I have learned many things such as friendship, love and live in one community as brothers and sisters in Christ.” (Humphrey, St. Ann, Kota Padawan)

(From left: Cornelius Usang, Mathilda Chung, Cynthia Naar, Karltwin, Antonious, Aaron Poddy & Humphrey)





You need to register to vote; asap! Anda perlu mendaftar untuk mengundi; secepat mungkin!

18 01 2010

Register to vote!

History has seen many people struggling even to the point of sacrificing their lives for the right to vote. The strength of our democracy depends us exercising our duty to make well-informed choices (this means knowing the facts, taking the trouble to understand the issues properly) and to vote for those who will govern Malaysians with truth, justice and integrity for all, in line with the values of the Gospel.

Vatican Council II speaks of “the right and duty to vote freely in the interest of advancing the common good” (Gaudium et Spes, no. 75).

The recent article of Bernama revealed that 4.39 million eligible Malaysians have not registered to exercise their right to vote. Sarawak ranks 4th in terms of the total number of those unregistered. In view of the relatively small population of Sarawak, it may be 1st in terms of percentage of over 21 years old and unregistered to vote.

If you are not yet registered, please do the responsible thing and take immediate steps to rectify it. If you know of friends who have yet to register, help them to register too. The public can register at any of the 700 post offices nation wide.

The reporter quoted the Election Commission deputy Chairman, Wan Ahmad as saying, “The people should be aware that our election system practices a simple majority victory. A candidate can win even by a margin of one vote; so the voters have a huge responsibility in determining the future of our country.”

For the rest of the article, click here.

Don’t procrastinate. Take action today.

Cast your vote during elections

Dalam sejarah dunia, ramai orang berjuang dan berkorban untuk mendapat hak mengundi. Kekuatan demokrasi negara kita bergantung kepada rakyat yang menunaikian tanggungjawab mereka untuk membuat pilihan betul berdasarkan fakta-fakta (ini bererti maklumat betul dan seimbang dari semua pihak, dan mungkin memerlukan usaha kita untuk mencarinya), dan mengundi untuk mereka yang akan mentadbir Malaysia dalam kebenaran, dengan keadilan dan ketulusan untuk semua, selaras dengan nilai-nilai Injil.

Vatican Council II menyatakan kepada kita tentang  “hak dan kewajipan untuk mengundi bebas demi memajukan apa yang baik untuk semua” (Gaudium et Spes, no. 75).

Laporan dari Bernama akhir-akhir ini, menyatakan bahawa 4.39 juta rakyat Malaysia yang layak belum mendaftar sebagai pemilih. Sarawak mencatat jumlah yang keempat tertinggi di antara negeri-negeri Malaysia. Memandangkan populasi Sarawak yang tidak besar, ini mungkin beerti Sarawak mempunyai peratusan tertinggi rakyat yang berumur 21 ke atas dan yang belum mendaftar sebagai pemilih.

Jika anda belum mendaftar, sila bertindak dengan bertanggungjawab dan ambil langkah-langkah yang wajar supaya anda dapat mengundi di masa hadapan. Sekiranya kamu ada kawan-kawan yang belum mendaftar, bantulah mereka mendaftar. Anda boleh pergi ke satu dari 700 pejabat pos di seluruh Malaysia mempunyai kemudahan untuk mendaftar pemilih.

Timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata, “Rakyat perlu sedar bahawa pilihan raya negara kita mengamalkan sistem majoriti mudah, kalau menang satu undi pun dikira menang, jadi rakyat perlu tahu tanggungjawab mengundi merupakan tanggungjawab besar dalam menentukan masa depan negara dan kita sebagai rakyatnya, bukan hanya bersemangat bercakap tentang masa depan negara sahaja tetapi tidak mendaftar sebagai pemilih.”

Untuk laporan lengkap dari Bernama sila, clik sini.

Jangan tangguh lagi. Bertindak hari ini juga.

Fr Felix Au





KDN berjaya tangguh guna nama Allah

6 01 2010

Hafiz Yatim
Jan 6, 10
3:31pm

Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menangguhkan keputusan membenarkan mingguan Katholik – Herald – menggunakan kalimah Allah.

Hakim Lau Bee Lan membenarkan permohonan tersebut sementara menunggu perbicaraan rayuan KDN terhadap keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Khamis lalu.

Peguam bagi pihak mingguan berkenaan tidak membantah permohonan tersebut atas kepentingan negara.

Permohonan tersebut didengar dalam kamar hakim. Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mewakili KDN manakala Derek Fernandez dan Benjamin Dawson mewakili Herald.

“Kami membuat permohonan dan peguam yang mewakili Gereja Katholik bersetuju dengan penangguhan tersebut, atas kepentingan negara,” kata Abdul Gani.

Fernandez bersetuju bahawa pihak gereja bersetuju dengan pemohonan peguam negara itu.

Bagaimanapun, katanya, orang ramai hendaklah berhenti daripada terus membuat komen mengenai keputusan berkenaan.

“Kami (Roman Katholik) adalah orang yang cintakan keamanan dan komen (yang tidak baik) adalah tidak wajar,” katanya.

“Kami mahu peguam negara mengambil tindakan terhadap individu-individiu yang membuat kenyataan yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Turut hadir ialah editor Herald Father Lawrence Andrew yang bertemu dengan Abdul Gani dalam bilik saksi sebelum permohonan itu didengar.

Pada 31 Disember, Hakim Lau memutuskan bahawa lanjutan kepada Artikel 11 dan 12 Perlembagaan Persekutuan, Herald mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan kalimah itu dari segi ajaran dan pendidikan kepada penganut agama Kristian.

Katanya, lanjutan daripada Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan, adalah satu kesalahan bagi bukan Islam menggunakan kalimah “Allah” kepada orang Islam untuk menyebarluaskan agama tetapi ia bukan satu kesalahan bagi bukan Islam menggunakan kalimah itu kepada bukan Islam bagi tujuan agama.

Pada 16 Februari, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan perkataan “Allah” dalam penerbitan gereja, dengan menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden.

Beliau mendakwa perkataan ‘Allah’ bukanlah eksklusif kepada agama Islam.

Majalah itu, yang dicetak dalam empat bahasa, telah menggunakan kalimah “Allah” sebagai terjemahan untuk “God” dalam seksyen bahasa Melayu.

Kalimah ‘Allah’ digunakan dengan meluas di kalangan penduduk asli Kristian di Sabah dan Sarawak, kebanyakannya bertutur dalam Bahasa Malaysia.

Kementerian Dalam Negeri telah mewajarkan larangan itu atas alasan keselamatan negara dan bagi mengelak salah faham serta kekeliruan dalam kalangan umat Islam.

Sementara itu, Hakim Lau juga memutuskan dalam kamar hari ini untuk menolak permohonan enam Majlis Agama Islam dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (Magma) untuk berhujah dalam permohonan KDN itu.

Enam Majlis Agama Islam itu adalah dari Wilayah Persekutuan, Selangor, Kedah, Terengganu, Melaka dan Johor.

Dalam perbicaraan sebelum ini, Hakim Lau telahpun menolak permohonan mereka untuk menjadi pencelah dalam kes berkenaan.

Enam majlis tersebut dan Magma juga turut memfailkan ratyuan terhadap keputusan Hakim Lau menolak permohonan mereka menjadi pencelah serta keputusannya yang memihak kepada Herald.

Sementara itu, menurut Bernama, Abdul Gani bersyukur kerana ada perjanjian bagi penangguhan itu.

“Bagi saya, ia melibatkan kepentingan negara, tiada keperluan untuk terbabit dalam hujah untuk penangguhan,” katanya.

“Saya amat bersyukur dengan rakan saya yang bijaksana yang telah bersetuju untuk penangguhan dan kami akan cuba agar perkara ini didengar secepat mungkin dalam Mahkamah Rayuan, saya percaya ia akan diadakan secepat mungkin,” katanya.

Semalam, Kementerian Dalam Negeri memfailkan permohonan untuk penangguhan perintah mahkamah sebelum ini selepas mengemukakan rayuan dengan Mahkamah Rayuan sehari sebelum itu.

Abdul Gani berkata proses segera itu tidak sepatutnya disalah tafirkan kerana isu itu perlu diselesaikan secepat mungkin.

“Saya perlu menyatakannya sekali lagi, tidak perlu ada sebarang persepsi berhubung perkara ini memandangkan adalah lebih baik perkara ini didengar dengan segera. Ia tidak bermakna ada sesuatu yang tidak kena, jangan biar persepsi seperti ini.

“Apa yang penting ialah supaya perkara ini diselesaikan secepat mungkin. Kita semua perlu menghormati keputusan mahkamah,” katanya.

Ketika ditanya jika terdapat tekanan dalam kes ini, beliau menjawab:” Anda tidak boleh kata ada tekanan dalam kes ini memandangkan terdapat tekanan dalam semua kes. Saya tidak mahu memberikan sebarang persepsi sekarang, biar perkara itu selesai.”

Peguam Fernandez berkata pihaknya bersetuju dengan permintaan Peguam Negara untuk penangguhan berikutan kepentingan kepentingan negara sebelum tindakan selanjutnya di Mahkamah Rayuan.

“Kami bimbang dengan pelanggaran peraturan sub judis oleh banyak pihak yang tidak menghormati mahkamah. Tan Sri memberi jaminan kepada kami beliau akan meneliti perkara itu,” katanya.

Herald yang dicetak dalam empat bahasa, telah menggunakan kalimah “Allah” sebagai terjemahan untuk “God” dalam seksyen bahasa Melayu.

Kalimah ‘Allah’ digunakan dengan meluas di kalangan penduduk asli Kristian di Sabah dan Sarawak, kebanyakannya bertutur dalam Bahasa Malaysia.

Kementerian Dalam Negeri telah mewajarkan larangan itu atas alasan keselamatan negara dan bagi mengelak salah faham serta kekeliruan dalam kalangan umat Islam.

———————————————————-

The Kuala Lumpur High Court today granted a stay in favour of the Home Ministry to stop Catholic weekly magazine Herald, from using the word ‘Allah’ pending an appeal.

Lawyers acting for the magazine did not object to the application, citing the ground of national interest.

The application was heard in chambers by High Court judge Lau Bee Lan. Attorney-general Abdul Gani Patail appeared for the ministry, while Derek Fernandez and Benjamin Dawson appeared for Herald.

“We have asked for – and the lawyers representing the Catholic church have agreed to – the stay, out of national interest,” said Abdul Gani.

“We do not want to be caught in an argument for a stay – that may cause further tensions and misconception with the matter.

“I am grateful that my learned friend agreed to the stay and we will try to have the matter heard as soon as possible at the Court of Appeal. I believe it can be very, very soon.”

Fernandez agreed that the church has consented to the AG’s request.

However, he said the public should now refrain from commenting further on the decision to avoid sub-judice.

“We want the AG to take action against those individuals who have made such irresponsible statements. We are seeking his assurance on this to uphold the law,” said Fernandez.

Responding, Abdul Gani said action would be taken against anyone who breaks the law, following proper investigation.

“Everything has to be proven before I take (the decision to prosecute). This applies to every single case but definitely any prosecutor wants to see this. The law must be respected – it is as simple as that.”

Representing the Home Ministry were senior federal counsel Kamaluddin Md Said and Suzana Atan.

‘Nothing is wrong’

Also present at the hearing was Herald editor Father Lawrence Andrew who met with Abdul Gani in the witness room before the application was heard.

Lawrence, commenting on the decision today, said the church has agreed to the AG’s request “for the good of people and also out of goodwill”.

“We are not here to create any trouble, we love Malaysia. We are Malaysians and therefore we want to live in peace and harmony.

“We are not here to disturb (the situation). The main emphasis in our religion is love. It is very important we love everyone.”

Abdul Gani cautioned the public against perceiving that “something must be wrong”, just because the stay application was heard so quickly.

“There is nothing wrong. I can refer you to a case in Australia where a stay matter was heard within a few days after the decision. This matter has to be dealt with as soon as possible as both sides agreed with it.”

Asked to comment on former premier Dr Mahathir Mohamad’s view that the matter cannot be resolved through the court, Abdul Gani said he is not a politician, “just the attorney-general, a small little fry who wants to settle the problem”.

As to whether the government is succumbing to public pressure by appealing the High Court’s decision, Abdul Gani said the media should not paint such a picture.

“You cannot say pressure or no pressure. There is pressure in all cases. Try sitting in my office, then you will know how we feel, as pressure can come in any form.

“I do not want to give (any) such perception. What is more important is the matter is settled properly.”

Application to intervene rejected

Earlier in chambers today, Justice Lau rejected a joint application by six state Islamic bodies and the Malaysian Chinese Muslim Association (Macma) to submit in the Home Ministry’s stay application.

Lau ruled that the seven parties could not intervene in the ministry’s application.

During the trial proper, Lau had rejected the application by the same seven parties to be included as interveners.

The six religious councils are from Federal Territory, Selangor, Kedah, Terengganu, Malacca and Johor.

The six councils and the Macma have filed an appeal against Lau’s decision to dismiss them as interveners as well as against her decision in favour of Herald.

The six councils were represented by lawyers Mohd Hanif Khatri, Zainur Rijal Kamaruddin and Abdul Rahim Yasin.

On Dec 31, Lau ruled that pursuant to Articles 11 and 12 of the federal constitution, Herald has the constitutional right to use the word in respect of instruction and education of the congregation in the Christian religion.

She also said that, pursuant to Article11(4) of the federal constitution, it is an offence for non-Muslims to use the word ‘Allah’ to Muslims to propagate the religion, but it is not an offence for non-Muslims to use the word to non-Muslims for the purpose of religion.

On Monday, the Home Ministry lodged an appeal at the Court of Appeal against the decision, and followed up with an application for the stay yesterday.

The Herald, which is printed in four languages, has been using the word ‘Allah’ as a translation for ‘God’ in its Malay-language section, but the government argued ‘Allah’ should be used only by Muslims.

The term ‘Allah’ is widely used among indigenous Christian tribes in Sabah and Sarawak, most of whom speak Bahasa Malaysia.





Vocation Camp 2009

10 12 2009

CMPC, Mt Singai – Seramai 71 orang peserta telah mengikuti Kem Panggilan yang dianjurkan oleh KAYVC dari 4 – 6 Disember 2009. Kem Panggilan tahun ini bertemakan ‘Faith in the Divine Initiative – the Human Response’ yang dipetik dari surat Pope Benedict XVI.

Dalam kem tersebut, setiap individu digalakkan untuk membuka hati mereka kepada Tuhan agar dapat memberi respon terhadap panggilan tersebut serta mempelawa Roh Kudus untuk bekerja dalam hidup setiap individu. Di samping itu, para belia juga dijemput untuk merenungkan dan mengenali panggilan Tuhan dalam hidup mereka masing-masing kerana Tuhan sentiasa berbicara dalam hati kita. Oleh itu, kita harus membuka hati kita kepada. Tuhan agar Dia dapat berbicara dan seterusnya agar kita dapat memberi respon terhadap panggilan tersebut.

Antara kongregasi yang terlibat termasuklah Diocesan Priesthood, SSFS, Good Shepherd, Daughter of St Paul, Carmelite Order dan La salle Brothers.





ACS Youth Concert

30 11 2009

CEWC, Jalan Stampin – ACS Youth Ministry telah menganjurkan Konsert Belia pada 22 Nov yang lalu yang bertemakan “Arise and Shine”, dipetik dari Yesaya 60:1. Konsert tersebut disertai oleh 7 buah gereja iaitu  Gereja Roman Catholic, Gereja Anglican , Gereja SIB , Gereja SDA, Gereja Methodist (Iban), Gereja Methodist (Chinese) dan Salvation Army. Seramai 9 orang peserta dari gereja Roman Catholic yang diwakili oleh Alumni Kuching Archdiocesan Youth Apostolate (AKAYA) telah menyertai persembahan dalam konsert tersebut. Jenis pesembahan yang dibawa adalah “mime & dance” yang bertajuk “Who Am I”.

Antara program yang dijalankan termasuklah persembahan dari setiap wakil-wakil gereja, puji dan sembah serta sesi perkongsian daripada salah seorang daripada tetamu jemputan. Dalam perkongsian tersebut, para belia digalakkan untuk terus bangun dan sentiasa bersinar dalam melayani Tuhan di setiap masa, dalam apa jua pekerjaan yang mereka lakukan.

Konsert tersebut diakhiri dengan puji dan sembah yang dipimpin oleh belia dari gereja SDA.





Projek Kajian Islam & Demokrasi di Malaysia

3 11 2009

jesus_bread

Pada 1 November 2009, Ahad yang lalu Institusi Peyelidikan (International Institute of Islamic Thought and Civilization & International Institute of Advanced Islamic Studies Malaysia) dan Institusi Pelaksana (Merdeka Center & CPPS) telah menganjurkan Siri Dialog Masyarakat bertempat di Hilton Kuching. Seramai dalam lingkungan 50 orang peserta telah hadir dalam dialog tersebut.

Objektif dialog ini adalah untuk mengadakan dialog atau perbincangan di kalangan rakyat Malaysia dan mengemukakan input berkenaan dasar-dasar kepada kerajaan Malaysia mengenai cara-cara meningkatkan demokrasi dan hak asasi manusia. Antara topik-topik yang dibincangkan adalah:-

  1. Urus tadbir yang baik (Good governance)
  2. Hak-hak kelompok minoriti (Minority Rights)
  3. Hak-hak wanita (Women’s Rights)
  4. Toleransi agama (Religious Tolerance)

Peserta-peserta yang datang adalah terdiri daripada pemimpin dan organisasi Islam serta agama lain, golongan profesional, institusi-institusi pengajian tinggi, wakil-wakil dari pelbagai parti politik dan pemimpin tempatan termasuklah dari gereja Katolik.

Semua peserta yang hadir diberi peluang untuk mengemukakan pendapat serta pandangan masing-masing terhadap topik yang dibincangkan tanpa menyentuh isu-isu sensitif yang boleh mengaibkan sesuatu agama atau kepercayaan kerana keempat-empat topik di atas menjadi isu teras dalam aspek kenegaraan. Responden dalam dialog tersebut telah menyimpulkan bahawa, rakyat Malaysia perlu ada persefahaman yang kukuh pada kepercayaan mereka masing-masing dan tidak meletakkan kepercayaan tersebut sebagai dasar atau cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul melainkan bertindak secara rasional dan berfikiran terbuka.

Pihak penyelidik akan mengeluarkan policy paper dan berharap dapat menggubal dasar-dasar awam yang dapat meningkatkan demokrasi dan pemantapan ajaran Islam secara rasional serta empat aspek perbincangan yang telah dibincangkan dalam meningkatkan hak asasi manusia di kalangan rakyat Malaysia.





A Prayer Before Connecting to the Internet

3 07 2009

surfing the internetThe internet is a powerful tool at our disposal for the spread of the Good News of Jesus Christ. Yet, many of us are aware of the dangers that the lurk in the internet.  May this prayer help us use the internet the correct way.

ENGLISH
Almighty and eternal God,
who created us in Thy image
and bade us to seek after all that is good, true and beautiful,
especially in the divine person of Thy Only-begotten Son, our Lord Jesus Christ,
grant, we beseech Thee,
that, through the intercession of Saint Isidore, Bishop and Doctor,
during our journeys through the internet
we will direct our hands and eyes only to that which is pleasing to Thee
and treat with charity and patience all those souls whom we encounter.
Through Christ our Lord.   Amen.

BAHASA MALAYSIA
Allah yang kekal dan kuasa,
yang menciptakan kami dalam rupa-Mu
dan memanggil kami untuk mencari semua yang baik, benar, dan indah,
terutama di dalam peribadi ilahi Putera-Mu yang tunggal, Tuhan kami Yesus Kristus,
kami mohon,
dengan pengantaraan Santo Isidore, Uskup dan Pujangga Gereja,
supaya dalam perjalanan kami di internet
kami mengarahkan tangan dan mata kami kepada apa yang berkenan kepada-Mu
dan memperlakukan semua orang yang kami temui dengan kasih dan kesabaran.
Demi Kristus Tuhan kami. Amin.

by Fr. John Zuhlsdorf
Read the original blog of Fr John.

The Christian Internet Code of Ethics from Naznet is useful to help us determine the boundaries  of our exploration of the cyberworld.

As a Christian who is active on the internet, I hold myself to certain standards of conduct. They are:

  • I guard my online relationships
  • I recognize that attachments develop as easily on the internet as anywhere else, and sometimes more easily because of the anonymity involved in initial exchanges. I particularly guard against relationships that encroach upon the level of trust and faithfulness that is to exist only within a husband/wife relationship.
  • I am careful to visit websites that do not compromise my life in Christ
  • I am aware that there are sites on the internet that Christians must avoid, including those that contain pornography. I do not visit such sites, even out of curiosity. When, by accident (and it happens to everyone), I find such a page loading, I leave it immediately.
  • I take care that my written communications reflect Christ in my life
  • Even on issues about which I feel passionate, I avoid saying things that I feel might be displeasing to the Lord. I represent myself, and my intentions in a truthful and upright manner in all my exchanges.
  • I guard my time to assure that my time online is kept in proper balance with the rest of my life
  • I realize that the internet can consume time that should be invested elsewhere: family, church, work responsibilities, and other activities that make for a well rounded life. I especially guard against spending time on the internet that should be spent with the Lord.




Belia Katolik yang tidak beragama?

1 07 2009

Published on June 14 , 2009

“Apabila Ekaristi lenyap maka Gereja Katolik pasti akan lenyap bersamanya…” inilah yang dikatakan oleh seorang paderi dalam khutbahnya, suatu ketika dahulu.

Pada mulanya, saya tidak mengerti mengapa paderi tersebut mengatakan demikian sehinggalah saya membaca sebuah buku bertajuk “Kesatuan Dengan Tuhan Melalui Ekaristi (Union with God through the Eucharist) hasil karangan Ramon Nubiola, SJ.

Dalam buku tersebut banyak kisah individu-individu yang begitu tekun pada Ekaristi dan dalam masa yang sama memperlihatkan sikap kemanusiaan yang terpuji.

<Read more>