Kuching Archdiocesan Youth Apostolate (KAYA27)

5 03 2019
Sesi bergambar bersama selepas Misa Penutupan KAYA27

KOTA PADAWAN – Program KAYA ke-27 telah melabuhkan tirainya pada 18 Februari yang lepas.  Bertemakan “Who do you say that I am” yang diambil dari Injil Markus 8:29, program anjuran Komisi Belia Keuskupan Agung Kuching ini telah berlangsung dari 14 Januari sehingga 18 Februari dengan penglibatan seramai 89 peserta dan 12 fasilitator.

Para peserta program KAYA ke-27 ini terdiri daripada belia dari Paroki St Ann Padawan, Paroki St. Joseph Kuching, St. Peter Padungan, Paroki St. Stephen Bau, Paroki Holy Spirit Lundu, Paroki St. Teresa Serian, Paroki St. Jude Bunan Tebedu, dan Paroki Our Lady Queen of Peace Sri Aman. Tahun ini juga terdapat penyertaan dari Keuskupan Sibu iaitu dari Gereja St. Anthony Sarikei dan Gereja Mary Immaculate Conception Kapit malah dari St. Theresa, Masai Johor. Peserta-peserta ini telah berkampung selama lima minggu di Pusat Pastoral St. Lukas, Kota Padawan.

Sesi bergambar bersama selepas Majlis Pembukaan KAYA27

Empat aspek penting yang dipelajari oleh peserta program ini ialah formasi hidup berkomuniti, formasi kemanusiaan, formasi kerohanian dan formasi pastoral yang berdasarkan formasi di seminari.  Sepanjang program ini peserta dipenuhi dengan aktiviti seperti Misa Kudus harian, doa kelompok, sesi ceramah dan bengkel serta tugasan kumpulan seperti kebersihan.

Selain itu, peserta juga dihantar ke beberapa kampung dan perumahan di bawah Keuskupan Agung Kuching untuk melakukan penginjilan, melakukan kerja amal di beberapa pusat terpilih serta mengikuti program “Vocation Exposure” yang bertujuan untuk mendedahkan para peserta dengan panggilan sebagai paderi, sister dan kehidupan religius.  Program K.A.Y.A yang ke 27 diakhiri dengan Misa Penutupan yang dirayakan oleh Uskup Agung Simon Poh, Fr Felix Au, Fr Leonard Yap, Fr Galvin Ngumbang, Fr Robert Jissem,  Fr Ramon Borja, SDB dan Fr Elu, SDB.

Berikut merupakan testimoni dari beberapa peserta program KAYA yang ke 27:

Saya belajar pelbagai Doa (creative prayer) semasa di program KAYA ini dan pengalaman bersama Tuhan yang memberi kesan mendalam kepada saya ialah semasa Holy Hour dimana kelukaan yang saya alami tidak kira dari emosi dan fizikal hilang begitu saja. Saya berubah dari yang tidak menghargai kepada seorang yang menghargai dan berjaya meningkatkan komunikasi saya dengan ibu bapa saya daripada sebelum ini. Saya harap saya diberi peluang untuk menjadi pembaca atau mazmur di gereja atau di mana-mana saya berada.

Natasha Lansi Kumbau
Our Lady Queen of Peace, Sri Aman

Sebelum ini, saya mengalami kemurungan ; semasa Holy Hour di program KAYA ini, saya dapat meluahkan segalanya kepada Tuhan dan dapat merasakan ketenangan yang dicari. Saya berterima kasih kepada Tuhan atas peluang yang diberikan kepada saya. Saya tidak akan berhenti untuk melayani dan berharap dapat mengerakkan belia di kampong saya supaya melibatkan diri dalam pelayanan dari segi music dan koir.

Lisa Jaka
St Ann, Kota Padawan

Banyak pekara yang saya pelajari semasa progam KAYA ini dan satu pengalaman yang tidak dapat saya lupakan adalah semasa saya dihantar ke kampong asal saya untuk penginjilan. Saya melayani di sana bersama dengan kawan seperjuangan saya. Saya pasti ianya merupakan panggilan saya untuk melayani di  kampong asal saya. Saya bersyukur kerana Tuhan telah membimbing dan membantu saya untuk lebih terbuka.  Saya berharap agar saya diberi peluang untuk memimpin belia di kampong.

Gilbert Herryson Leman
Holy Spirit Lundu

Di program KAYA 27 ini, Saya belajar untuk mengukuhkan iman saya kerana sebelum ini saya kurang percaya akan Tuhan. Walaupun pada awalnya, saya agak ragu-ragu untuk menyertai program ini atas sebab – sebab tertentu  namun atas bimbingan Tuhan saya berpeluang merasakan kehadiran-Nya. Pengalaman saya bersama Tuhan yang tidak dapat saya lupakan adalah semasa Doa Taize  iaitu berdoa mengelilingi Salib. Saya dapat merasakan kehadiran Tuhan yang menyentuh lembut hati saya dan perasaan itu tidak pernah saya rasai sebelum ini. Saya merasakan pengampunan dari-Nya dan membuatkan saya lebih bersemangat dan percaya untuk meneruskan misi saya sebagai belia Kristian melayani di gereja sebagai ahli koir atau pembaca.

Florencia Tracy Thomas
St Theresa, Masai Johor
Taize Prayer
Sesi Bible Sharing selepas salah satu sesi
Para peserta memasak bersama
Menyambut hari jadi peserta-peserta yang lahir dalam bulan Jan & Feb

“Tetapi menurut kamu, siapakah Aku ini?” tanya Yesus. Petrus menjawab, “Guru ialah Kristus, Penyelamat yang diutus oleh Allah!”

Markus 8:29

Ditulis oleh Julian Christian Sim.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: