Jamboree Nasional SEKAMI 2018

11 07 2018

Pontianak: Pada 3 hingga 7 Julai 2018 yang lepas, 3 orang belia telah mewakili Keuskupan Agung Kuching untuk hadir sebagai peninjau program JAMNAS SEKAMI 2018 yang diadakan di Pontianak, Indonesia.  Danny Veno mewakili Kuching Youth Christian Student (KYCS), Rachel Remus mewakili Youth Group, Chapel of Mother Mary dan Maria Amella yang mewakili Youth Commission Kuching. Turut hadir bersama adalah Bapa Uskup Agung Kuching, Simon Poh. Program ini diselengarakan bersemperna ulang tahun 175 tahun SEKAMI (Serikat Kepausan Anak Missioner Indonesia). Program ini juga merupakan peluang bagi menyatukan anak-anak remaja dan pendamping SEKAMI se-Indonesia dengan bertemakan “ Berbagi Sukacita Injil Dalam Kebinekaan”.

Acara pembukaan dimeriahkan dengan persembahan pancaragam dan juga tarian pelangi nusantara yang melibatkan seramai 175 orang anak remaja. Missa pembukaan diadakan di Katedral St Yosef Pontianak yang diraikan oleh Bapa Uskup Agung Pontianak iaitu Msgr Agustinus Agus. Beliau turut mengucapkan selamat datang kepada semua yang menghadirkan diri dalam jamboree ini.

Pada hari kedua, kami berkesempatan untuk mendengar idea-idea dari para animator dari pelbagai keuskupan di Indonesia tentang idea untuk mengalakan anak remaja membaca alkitab serta menjadi missioner di usia muda dalam menyebarkan berita baik dalam keberagaman budaya dan bangsa. Antara yang menarik dari idea-idea seperti mengunakan boneka mainan, membuat puzzle, bercerita melalui lukisan.

Hari ketiga diteruskan dengan Dialog bersama Bapa Uskup, di mana anak remaja, animator diberi peluang untuk bertanya soalan langsung kepada Bapa Uskup sendiri. Acara ini memdapat sambutan yang amat baik dari peserta program. Pada hari ke-empat, missa penutupan JAMNAS SEKAMI 2018 diakhiri dengan upacara melafaskan ikrar komitmen peserta JAMNAS SEKAMI 2018 serta upacara pelepasan tag nama sebagai tanda berakhirnya program ini.

Dari saat kami tiba sehinggalah hari terakhir kami menjejak kaki di Pontianak, layanan yang diberikan sangat baik. Keramahan mereka membuatkan kami merasa sangat dialu-alukan di tanah air mereka. Saya kagum dengan kreativiti animator dalam berkongsi cara mengajar anak-anak tentang pengetahuan Alkitab, seperti mengunakan boneka mainan (puppet), membuat permainan dari kad. Hubungan yang terjalin antara anak-anak yang mengikuti program ini amat menyenangkan hati. Saya berasa sangat kagum melihat anak-anak dari seluruh Indonesia, tidak kira warna kulit atau bangsa yang berlainan, datang bersama untuk meraikan peristiwa penting ini. Panitia, pendamping rohani dan angle turut banyak membantu kami selama berada di program ini. Sesungguhnya Tuhan hadir di antara kita. – Rachel Remus, Chapel of Mother Mary

Jamboree Nasional SEKAMI 2018 merupakan salah satu program yang saya akan kenang sampai bila-bila. Saya telah mempelajari pelbagai ilmu yang berguna serta bernas khasnya sesi bagi animator, perkongsian dan dialog yang telah diadakan. Saya berasa bertuah kerana dapat menghadiri program ini serta merasakan bahawa Indonesia adalah negara yang terdiri dari pelbagai bangsa namun tetap bersatu teguh sebagai umat Katolik. Melalui kerjasama dari pelbagai pihak seperti panitia, pendamping rohani dan angle, program dilihat berjalan dengan lancar dan berjaya. – Danny Veno Leslie, KYCS

Laporan disediakan oleh Maria Amella

Keluarga St Lidwina, Kampung Nazareth

 

Hasil Kreativiti dari Keuskupan Agung Pontianak

 

Hasil kreativiti wayang kulit sebagai medium penceritaan

 

Mengunakan puppet untuk bercerita kepada anak-anak berkenaan pengetahuan alkitab

 

 

Advertisements

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: