KCM Campus Logout

18 04 2018

ACCPC: Komiti Kuching Campus Ministry (KCM) telah menganjurkan perjumpaan Campus Logout mereka pada hari Ahad, 15 April 2018 di St. John & St. Lucy Room ACCPC yang lalu. Seramai 51 orang pelajar dari pelbagai kampus di sekitar Kuching telah mengikuti perjumpaan ini. Antara kampus yang hadir semasa perjumpaan adalah dari IPGK Batu Lintang, UNIMAS, ILKKM Kuching (KSKB), Technology College Sarawak, SIDMA (UNITAR) Kuching and Politeknik Kuching. Turut hadir bersama di perjumpaan ini adalah 5 orang seminarian dari St. Peter College yang menjalankan tugas Pastoral mereka di bawah Kuching Campus Ministry.

Tujuan utama program ini diadakan untuk memperkenalkan apa itu peranan Kuching Campus Ministry serta memperkenalkan komiti KCM yang baru bagi sesi 2018 sehingga 2020. Melalui aktiviti campus logout ini juga, para pelajar dapat mengenali teman-teman katholik dari campus yang lain. Turut diselitkan sesi doa puji dan sembah serta “games” interaksi.

Rev. Fr Larry Tan turut mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan kerisauan beliau tentang program pengislaman di kampus. Fr. Larry mengalakan lebih ramai pelajar untuk mengikuti program I-chat bagi memperdalamkan iman mereka.

Program ini diakhiri dengan doa penutup oleh seminarian Bro. Micheal Dass and sesi bergambar bersama semua yang hadir pada perjumpaan ini.

 

 

Advertisements