WHO DO YOU SAY THAT I AM?: K.A.Y.A 24

4 05 2016

KOTA PADAWAN: Atas kasih kurniaNya, Program K.A.Y.A ke-24 telah melabuhkan tirai dengan jayanya pada 7 Febriari 2015. Program anjuran Komisi Belia keuskupan Agung Kuching ini berlangsung dengan jayanya pada  11th Januari hingga 7th Febrauri 2015. Program ini disertai seramai 155 peserta dan 15 orang peserta.  Program ini adalah program tahunan yang ditaja sepenuhnya oleh Keuskupan Agung Kuching. Peserta KAYA 24 ini terdiri daripada paroki St. Jude Bunan,  St. Theresa Serian, St. Ann Kota Padawan, Our Lady Queen of Peace Sri Aman, St. Peter Padungan, St. Stephen Bau, Holy Spirit Lundu, paroki St. Joseph Kuching, Masai Johor, Sarikei, Kapit, Mukah, dan Julau.

Peserta K.A.Y.A 24 berkampung selama sebulan di pusat pastoral St. Lukas, Kota Padawan dan terdiri daripada mereka yang menunggu keputusan SPM, dan STPM, lepasan kolej dan Universiti. Program ini dimuatkan dengan empat aspek iaitu formasi hidup berkomuniti, formasi kemanusiaan, formasi kerohanian dan formasi pastoral. Menerusi aspek tersebut, peserta diperkayakan dengan beberapa aktiviti iaitu Misa Kudus harian, doa kelompok dan individu, sesi ceramah dan bengkel. Selain itu, peserta berpeluang untuk membuat penginjilan ke beberapa kampung di paroki sekitar Keuskupan Agong Kuchingserta pilgrimage ke Pusat Peringatan Pilgrimage Katolik, CMPC di Singai, Bau bersempena dengan Tahun Jubli Kerahiman.

Selain itu, peserta turut mempelajari kemahiran untuk membina semangat kekeluargaan dalam hidup berkomuniti dengan aktiviti kelompok  iaitu bekerja, bernyanyi, bergaul dengan rakan  baru. Mereka juga mempelajari cara untuk memahami Firman Tuhan di samping melakuan perkongsian antara satu sama lain sama ada perkongsian alkitab mahupun perkongsian kemahiran dan bakat. Lantaran itu, program ini bukan sahaja melahirkan umat kristian katolik yang kaya imannya malah menjadi rasul Kristus yang akan melayan dan berjasa bukan sahaja di komuniti gereja malah kepada masyarakat sekeliling

Program ini diakhiri dengan Misa Penutupan yang dirayakan oleh Uskup Agung John H, Bishop Simon Poh dan Rev Fr. Felix Au.

KAYA 24(GRP PHOTO)

 

Berikut adalah beberapa testimoni daripada para peserta:-

Sepanjang program KAYA ini berlangsung, saya telah belajar erti hidup dalam komuniti, hidup berdikari dan hidup dalam keadaan yang sederhana. Saya juga belajar untuk mensyukuri dan menghargai apa yang telah diberikan kepada saya. Melalui pengalaman yang telah saya perolehi selama sebulan di program KAYA ini, saya berusaha untuk menjadi seorang Kristian yang lebih baik dengan sentiasa berterima kasih dan saling mengampuni antara satu sama lain. (Meldrick ak Shepard, St. Mark Batu Kawa)

Perkara yang telah saya pelajari ialah hidup dalam komuniti. Sebelum ini saya tidak pernah berkongsi tempat tidur dengan orang lain tetapi semasa program KAYA, saya dapat menyesuaikan diri untuk hidup dalam komuniti. Perkara yang paling menyentuh hati saya ialah semasa mengikuti outreach ke Kpg Mentung Mubuk. Semasa outreach ini, saya telah belajar erti bersyukur dengan apa yang saya miliki dan apa yang saya tidak dapat miliki. Pengalaman-pengalaman yang saya perolehi ini amat membantu terutamanya untuk menjadi seorang Kristian yang lebih baik kerana saya boleh menginjil tanpa rasa takut dan malu. (Mathias anak Albert, Holy Spirit Lundu)

 

Apa yang telah saya pelajari semasa program KAYA ini ialah tentang cara hidup berdikari dan berjauhan dengan ahli keluarga. Saya juga belajar tentang cara untuk hidup dalam komuniti yang mengutamakan kesatuan, komunikasi dan kerjasama. Selain itu, saya telah mempelajari cara untuk mendekatkan diri lebih dalam dengan Tuhan dan mendalami ajaran agama. Saya banyak belajar tentang doa-doa seperti Doa Angelus, Divine Mercy, Taize, Holy Hour dan tentang Misa Kudus. Melalui semua ini, saya juga belajar cara untuk mengampuni dan mengasihi orang lain dengan rendah hati. Apa yang paling menyentuh hati saya semasa program KAYA ialah tentang tali persaudaraan yang dijalinkan. Ketika sesi ceramah pula, saya sangat tersentuh terutamanya dalam topik Parents and Child Relationship dan semasa disuruh untuk menulis surat kepada ibu bapa. Saya turut tersentuh semasa doa Divine Mercy, Taize dan Holy Hour dijalankan serta layanan yang baik daripada fasilitator. Pengalaman ini membantu saya supaya lebih terbuka hati dan bersedia untuk mengampuni serta mengasihi orang lain. Saya juga bersedia untuk melayani dan berkongsi pengetahuan yang telah saya perolehi dengan orang lain. Akhir sekali, saya akan sentiasa bersyukur dengan apa yang saya ada dan mengongsikannya dengan orang lain. (Aliscia anak David, St. Theresa Masai)

 

Saya telah belajar untuk hidup berdikari selama sebulan di program KAYA. Saya juga belajar untuk hidup dalam komuniti kerana selama ini saya tidak pernah berkongsi makanan dan bilik mandi dengan orang lain. Selain itu, saya telah berjumpa dengan ramai rakan baru dan dapat mengenali Yesus dengan lebih dalam lagi. Semasa perkongsian Injil, saya telah berani dan tidak malu untuk berkongsi cerita dengan rakan-rakan saya. Perkara yang menyentuh hati saya ialah semasa sesi Puji dan Sembah. Selama ini saya tidak pernah memuji dan menyembah nama Tuhan Yesus kerana saya tidak tahu bagaimana caranya. Saya juga tersentuh setiap kali mendengar lirik lagu yang dinyanyikan. Pengalaman ini telah mengajar saya supaya tidak takut mewartakan Berita Baik tentang Yesus serta tidak malu untuk memuji dan menyembah nama-Nya. (Stephnie Sumpai, St. John Church Brunei)

Laporan disediakan oleh Bruan Constance & Silvia Gordon

 

 

Advertisements

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: