3rd KAYD 2015 Roadshow at St Ann, Kota Padawan

29 04 2015

St Ann, Kota Padawan – 12 April 2015, Seramai lebih kurang 150 belia dari paroki St. Ann, 10 orang (AKAYA – Marketing & Promotion) dan 10 orang belia dari Paroki St. Stephen, Bau telah menyertai roadshow tersebut. Ini merupakan destinasi ketiga bagi mempromosi KAYD 2015. Penjualan baju-T dan pelekat cermin kereta edisi KAYD 2015 telah dilakukan oleh Pihak Marketing & promotion sepanjang program tersebut. Misa Belia telah dirayakan oleh Fr. Francis Dakun pada pukul 10.30 pagi di mana ianya dimulakan dengan perarakan dan penyerahan salib KAYD oleh belia dari Parish St. Stephen, Bau kepada belia di Gereja St. Ann. Misa belia yang diadakan turut melibatkan umat-umat di paroki tersebut. Aktiviti diteruskan selepas makan tengahari dengan Sesi pertama iaitu pengenalan mengenai KAYD 2015 dan temanya yang telah disampaikan oleh Cyril Jumatson selaku salah seorang daripada koordinator KAYD 2015. Nyanyian puji-pujian telah dilakukan oleh belia dari paroki St Ann sebelum sesi dimulakan pada pukul 1.30 petang. Sesi kedua mengenai “mengenali jiran kita” di Malaysia yang telah disampaikan oleh En. Robert Josem pada pukul 2.00 petang. Aktiviti roadshow diakhiri dengan Doa Devosi kepada Kerahiman Ilahi yang dijalankan pada pukul 3.00 petang. Aktiviti telah tamat sepenuhnya pada pukul 4.15 petang.

11039092_1425594127744478_128579741933848705_o

11127818_1425594667744424_3014433511069699578_o

11130507_1425590414411516_7103261858331174903_o

11136296_1425591901078034_2454355058186899919_o

11146389_1425593951077829_4129424690701233057_o

11148402_1425595144411043_2069668450583955605_o

11157345_1425595987744292_5194130149432635531_o

Advertisements