2nd KAYD 2015 Roadshow in St Stephen, Bau

12 03 2015

St Stephen, Bau – 1 Mac 2015, Roadshow yang ke-2 Kuching Archdiocesan Youth Day (KAYD) 2015 dimulakan dengan Misa Belia yang dirayakan oleh Reverend Father Adrian kho. Seramai 300 para umat hadir dan menyaksikan penyerahan salib KAYD dari PYM Holy Spirit, Lundu kepada PYM St Stephen.

Selepas Misa Belia, para belia berkumpul untuk jamuan tengah hari diikuti dengan nyanyian bersama. Saudari Stephanie selaku salah seorang daripada koordinator KAYD 2015 telah berkongsi tentang ‘apa itu KAYD’ dan menerangkan serba sedikit tentang tema yang telah dipilih iaitu diambil dari Matius 5:1-12- “The Beatitutes”.

Saudari Lucy dari Kuching Archdiocese Youth Commission (KAYC) turut berkongsi dengan para belia tentang “mengenali Iman kita” dan “mengenali jiran kita”. Di dalam sesi tersebut, Saudari Lucy turut menasihatkan para belia agar peka dengan isu yang berlaku di sekeliling kita.

Roadshow KAYD 2015 diakhiri dengan doa Jam Kerahiman yang diketuai oleh PYM St Stephen, Bau. Roadshow KAYD 2015 yang seterusnya akan berlangsung di St.Ann, Kota Padawan.

 

 

Advertisements