Perayaan Korpus Kristi-Peringkat Paroki

1 07 2014

SERIAN, 21 Jun 2014 – Paroki St Theresa Serian telah berkerjasama dengan pihak Gereja Sacret Heart kampung Tebekang Dayak  untuk merayakan Perayaan Korpus Kristi peringkat paroki di kampung berkenaan. Perayaan dimulakan dengan Misa kudus yang dirayakan oleh Rev. Fr Paul Herry (Rektor), Rev. Fr Arockya Raj, dan Rev. Fr Joseph Liew  pada jam 6.30 petang di Gereja Sacret Heart,Tebekang. Selesai Misa kudus, secara bergilir-gilir para paderi berarak bersama dengan Blessed Sacrament mengelilingi kampong Tebekang,  pekan kecil tebekang  dan diakhiri di Balai Gambang. Lagu rohani dinyanyikan disepanjang jalan malah lilin turut dinyalakan dan dibawa bersama semasa perarakan. Terdapat 4 perhentian yang telah disiapkan. Setiap perhentian, doa rosary dilafazkan. Adoration of Blessed Sacrament diadakan di perhentian yang terakhir iaitu di Balai Gambang kampong Tebekang Dayak. Parish Youth Ministry (PYM) St Theresa Serian membantu dari segi penyediaan tempat dan  muzik untuk Adoration of Blessed Sacrament. Lebih kurang 600 orang umat dari Daerah Serian menyertai perayaan ini. Perayaan Korpus Kristi berakhir pada jam 10.00 malam diikuti dengan jamuan makan malam berbentuk ‘pot luck’ oleh penduduk kampong.

Disediakan oleh,

Julian Patrick

 

cc tbkg

 

cctbkg

 

 

CC tbkang

 

 


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: