Annual PRE-Easter Youth Awareness Seminar- Organized by CYM zon Serumbu,Bau

29 04 2014

BAU – Annual Pre-Easter Youth Awareness Seminar telah diadakan pada 22-23 March 2014 di St. Edward Kampung Skio, Bau. Seminar ini dianjurkan oleh Catholic Youth Ministry Serembu Zone (CYM Zon Serembu) bagi menyatukan dan mengumpul semua belia dari 16 buah kampung di Zon Serembu, Bau. Seramai 341 orang peserta termasuk Facilitator & exco-exco. Tema seminar kali ini dipetik dari Roma 12:1 “Karena itu, saudara-saudara, demi kemurahan Allah aku menasihatkan kamu, supaya kamu mempersembahkan tubuhmu sebagai persembahan yang hidup, yang kudus dan yang berkenan kepada Allah: itu adalah ibadahmu yang sejati”. Tema ini menyedarkan para belia betapa pentingnya peranan sebagai belia masa kini dalam membentuk jati diri dalam mengerjakan pekerjaan Tuhan Allah dalam menyebarkan brita baik buat semua umat di seluruh dunia tentang pengorbanan Yesus mati di kayu salib untuk menebus dosa manusia. Di musim Lent ini, belia diingat supaya banyakkan berdoa dan berpuasa serta melakukan kerja amal.Missa Kudus telah diadakan oleh Rev. Father John Chong pada hari Ahad bersama peserta dan seluruh umat kampung tersebut.Tiga penceramah iaitu Bapa Yohanes dari Indonesia, Katekis Joseph Jiham Dan Sister Ator dari Jabatan Kesihatan Hospital Bau memberi ceramah kepada para belia tentang kehidupan dan hidup sebagai belia dalam Tuhan. Perjalanan seminar berjalan dengan lancar serta acara yang dirancang seperti sembahyang jalan salib keliling kampung juga mendapat sambutan dari semua peserta. Seluruh warga Kampung Skio bersama-sama bergotong royong dalam membantu dalam penyediaan makanan dan menyediakan kemudahan bagi peserta. Diharap acara sebegini dapat diadakan setiap tahun bagi menarik minat para belia untuk berkumpul dan bersatu dengan Tuhan.

-Wilson Sanguei, CYM Zon Serumbu-

 

3

 

4

 

5

Advertisements

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: