South-East Asia Program (SEAP)

28 11 2012

 

JAKARTA – Pada tahun ini, adalah menjadi satu rahmat kepada Kuching Campus Ministry (KCM) kerana dijemput untuk menyertai satu program pendedahan peringkat Asia Pasifik yang bertempat di Jakarta, Indonesia bertemakan ‘ASEAN Economic Development Through Strengthening Food Self-Sufficiency’. Program selama 7 hari ini dibiayai sepenuhnya daripada Tabung IMCS.

Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Seminar Kebangsaan yang berbentuk forum, yang membincangkan permasalahan yang wujud berdasarkan tema program, ceramah mengenai ‘Concept of Asia Economic Development’, dan seterusnya adalah mengenai ‘The effect of ASEAN Economic Development for the Global Economic’, ‘Food Self-Sufficiency Policies in ASEAN Countries’ dan ceramah mengenai ‘Intensification Strategy of Food Self-Sufficiency Policies in ASEAN Country’.  Seterusnya, kami diberikan taklimat mengenai ‘exposure program’ yang akan berlangsung dalam program tersebut.

 

Program tersebut diserikan dengan Malam Kebudayaan dimana ia merupakan malam untuk semua negara yang turut serta – Indonesia, Malaysia, Myanmar dan India, yang masing-masing mempamerkan pakaian tradisional.

Penghormatan terbesar buat KCM untuk menyertai program ini dan saya, Allan Bacelon anak Gunben, pelajar tahun kedua Institut Pendidikan Guru kampus Batu Lintang, telah pelajari banyak perkara baru dan bersyukur atas peluang yang telah diberikan. Salah satu perkara yang saya pelajari ialah mengamalkan pengambilan makanan yang minima untuk mengelakkan pembaziran serta mengamalkan penanaman kendiri bagi membantu mencukupkan bekalan makanan global.