I.C.C. 2012

17 10 2012

ST. LUKAS, Kota Padawan – Seramai 72 orang peserta telah mengikuti program Inter Campus Camp (I.C.C.) 12-14 Oktober yang lalu. Antara kampus yang terlibat adalah Institut Pendidikan Guru kampus Batu Lintang (IPGBL), Kolej Kesihatan Sains Bersekutu (KSKB), UNIMAS, UiTM, Kolej Kesihatan Awan Kuching (KKAK), Segi College, UNITAR, Institut Perguruan Kolej Tun Abdul Razak (IPG KTAR), Politeknik Kuching, Swinburne College, Technology College Sarawak (TCS), serta peserta dari empat buah paroki iaitu St. Joseph, St. Ann, St. Stephen dan Chapel of Mother Mary. Tema I.C.C. 2012 ini adalah “Faith Seeking Understanding (St. Anselm)”. Penceramah jemputan kali ini ialah Fr. Justin Joannis dari Sabah.

Ceramah utama beliau menyentuh tentang Iman Kristian serta bagaimana kita mempertahankan iman tersebut dalam cabaran-cabaran masa kini. Beliau juga telah mengongsikan Doa Kerahiman Ilahi (Divine Mercy) sebagai pelan tindakan susulan individu.

Berikut merupakan testimoni daripada beberapa orang peserta I.C.C. 2012:-

“Keputusan untuk mengikuti I.C.C. 2012 ini adalah tidak sia-sia. Banyak input berguna yang saya perolehi dan yang paling penting ialah iman saya semakin diteguhkan dan dibangunkan. Puji Tuhan!”~ Dienne Laura binti Jeffrey, KSKB.

“Banyak pengetahuan serta ilmu baharu yang telah saya peroleh. Antaranya ialah, saya lebih mengenali siapa itu Yesus. Selain itu, saya juga berpeluang mendekatkan diri saya dengan Tuhan melalui doa ‘Divine Mercy’.” ~ Steffeni Sherril anak Joseph Sidemy, IPG KTAR.

“Saya mempelajari tentang bagaimana cara mempertahankan iman Kristian saya. Selain itu saya juga menimba ilmu pengetahuan baru tentang iman agama lain.” ~ Adwin Golibin, Politeknik Kuching.

“Saya telah berjumpa dengan kawan-kawan baru. Saya juga menimba input-input yang disampaikan oleh Fr. Justin – ianya amat berguna kepada saya agar sentiasa berwaspada dan bersedia akan cabaran yang bakal dihadapi kelak.” ~ Aldridge Nyalong anak Ulin, TCS.

“I.C.C. 2012 sangat best, juga telah menambah dan memperkuatkan iman saya. Selain itu ianya telah menambah pengetahuan saya tentang Yesus.” ~ Michelle Fergie Alexander, UNIMAS.

Advertisements

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: