K.A.Y.A. XX (20) 2012

7 03 2012

KOTA PADAWAN –  Komisi Belia keuskupan Agung Kuching baru-baru ini telah berjaya menganjurkan Program KAYA ke-20 yang telah diadakan selama satu bulan iaitu dari 9th Januari – 6th Febraury 2012 dengan jumlah pesertanya seramai 148 orang dan pembantu seramai 15 orang.  Program ini adalah program tahunan yang ditaja sepenuhnya oleh Uskup Agung John Ha. Peserta –peserta KAYA ini datangnya dari paroki St. Jude Bunan,  St. Theresa Serian, St. Ann Kota Padawan, Our Lady Queen of Peace Sri Aman,  St. Stephen Bau, Holy Spirit Lundu dan Katedral St. Joseph Kuching.

Dalam program ini, para peserta didedahkan dengan hidup berkomuniti di samping mendalami iman mereka tentang cinta kasih Yesus di dalam sesi-sesi yang telah dijalankan seperti  Penemuan diri, Hubungan Ibu Bapa dan Anak, Puji dan Sembah, “Taize prayer”, “ salvation History” dan banyak lagi. Selain daripada itu, para peserta juga didedahkan dengan pelbagai jenis bentuk doa di samping perayaan misa yang diadakan setiap hari oleh paderi.

Program ini diakhiri dengan Misa Penutupan yang dirayakan oleh Uskup Agung John Ha dibantu oleh Fr. Leonard Yap dan Fr. Joseph Liew. Berikut adalah testimoni beberapa orang peserta yang telah mengikuti program KAYA ke-20  pada tahun ini.

   Veronica Rose (St.Joseph Cathedral) Saya mempelajari  bagaimana cara untuk mengenali diri saya sendiri dalam cinta Yesus.Perkara yang menyentuh hati saya ialah apabila saya dapat bekerjasama dalam satu komuniti yang besar dan juga dapat memberikan satu impak yang bermakna dimana saya diberi peluang untuk menyampaikan berita baik Tuhan kepada Umatnya.Saya berharap agar para belia di luar sana supaya menyertai mana-mana program yang dapat membantu memulihkan iman,antaranya ialah program “K.A.Y.A”.

 

 

 

Fiona Leh (St. Ann) Apa yang menyentuh hati saya dalam program K.A.Y.A 20 ini ialah setiap kali makan bersama ahli kumpulan .Keadaan ini membuat saya merasa semangat kekeluargaan.Kami berkongsi dengan sama rata hidangan yang telah kami dapat.Besikap adil pun timbul di kalangan kami.Selain itu aktiviti yang dijalankan memang sangat menyentuh hati saya seperti ceramah tentang parent child relationship ,taize n healing.Semasa dalam program K.A.Y.A,saya mempelajari banyak perkara.Antaranya,saya belajar tentang prayer meeting,taize,bible sharing.Selain itu,saya belajar untuk berkongsi kerjasama dalam sebuah komuniti yang besar ini.Di samping itu,saya belajar untuk menghormati orang di sekeliling saya dan tidak bersikap tamak.Akhir sekali saya,mendapat perkataan baru dalam kamus hidup saya ialah berdisiplin,sentiasa bersih dan peka.Malahan saya menjadi seorang yang lebih penyabar dalam hidupan baru saya.

  Leonard Remon (St.Jude Bunan) Saya dapat merasakan kasih Tuhan begitu indah dalam hidup saya dan juga dapat mendalami kasih Tuhan Yesus.Melayani kasih Yesus  begitu indah dalam hidup kita.Dalam program K.A.Y.A  ini,saya dapat mempelajari pelbagai doa yang baru dalam hidup saya.Saya juga  dapat belajar melayani Tuhan dalam doa praise n worship.Saya juga dapat mempelajari cara membentuk diri saya yang baru.

 

 

 

Paydick  Peter (Holy Spirit Lundu) Saya mewakili Holy Spirit Lundu dan apa yang telah saya pelajari selama menyertai program K.A.Y.A. 20 ini ialah saya telah mengetahui cara melayan Tuhan melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti Puji dan Sembah ,Taize Prayer dan Healing ,misa dan sebagainya.Selain itu,melalui aktiviti-aktiviti seperti penyembuhan ia mampu menyentuh saya sehingga membuatkan saya menangis bila memikirkan cabaran dan pengalaman hidup saya.Sekarang saya merasakan kehadiran Yesus Kristus melalui Roh kudus dan saya mempelajari banyak perkara baru yang membentuk iman dan kepercayaan saya terhadap cinta kasih Yesus Kristus.Kepada generasi-generasi baru sertailah program ini untuk dapat bekalan iman bagi menempuhi hidup yang baru.Amen

 

   Judith Jalie (Our Lady Queen of Peace,Sri Aman) Yang saya pelajari dalam program K.A.Y.A ini ialah belajar cara untuk bergaul dengan orang ramai.Paling penting ialah saya dapat tahu bagaimana cara untuk melayani Tuhan.Contohnya seperti belajar untuk seorang ketua dalam puji dan sembah serta mengajar belia di kampung saya dan juga belajar bagaimana cara doa Taize kerana ini adalah kali pertama saya mengenalinya di dalam program ini. Dalam program K.A.Y.A  ini perkara yang paling menyentuh hati saya ialah semasa sesi mengenai  keluarga.Ia mengingatkan saya akan keluarga saya di rumah,kerana merekalah darah daging saya dan kami mengharungi kesusahan dan kesenangan bersama.Selain itu,mengingati perangai saya ,tingkah laku saya terhadap mereka.Kemudian,semasa menulis surat kepada mereka untuk meluahkan perasaan sayang saya terhadap mereka kerana saya berasa malu untuk mengungkapkannya  dari mulut.Walaupun begitu,saya akan membantu mereka melakukan kerja rumah untuk meringankan beban mereka serta menunjukan perasaan sayang saya.

 Shirlinda (St.Stephen Bau) Yang menyentuh hati saya ialah ketika para faci dan peserta bekerjasama melakukan aktiviti-aktiviti semasa program dijalankan.Tapi yang paling,menyentuh hati saya ialah para faci bangun awalsetiap pagi semata-semata untuk kami semua.Kadang-kadang ada yang tidak sempat mandi,tidak cukup tidur .Dari situ,saya dapat rasa betapa sayangnya mereka kepada kami.Yang telah   saya pelajari semasa menyertai program K.A.Y.A ini ialah saya belajar untuk mengenali Tuhan dengan lebih dekat lagi.Kerjasama sangat diutamakan ..Selain itu,saya belajar untuk bersabar dan mementingkan kepentingan bersama. Yang paling menyentuh hati saya ialah tentang kekeluargaan kerana ia memberi pengalaman untuk mendapatkan ilmu yang lebih dalam tentang perhubungan kekeluargaan di antara ibu bapa dan anak-anak.Saya lebih mengetahui peranan seorang ibu-bapa dalam berhubung dengan anak-anak nya dan mendapatkan lebih daripada yang saya inginkan untuk membantu ibu bapa saya.

Testimoni daripada ibubapa peserta:

 This program impressed me a lot to see how courageous these young people stand in front to share, sing and worship the Lord. God must have touched their life. It is a good program that the youths gained fundamental catholic faith that will help them grow in their catholic faith. (Parents to Henrietta Joanne Patrick – Mdm. Hellen Tipong Sigau, St. Ann’s Parish)

 

 

 

 

I encourage the Family Bloc Rosary to support this program as this program has brought a lot of fruits including priests and religious in the Archdiocese of Kuching. Also it is a renewal program to empower the rural youth in the archdiocese. The program has brought family reconciliation which is in line with the archbishop vision on the pastoral focus on the family. (Parents to Silvia Gordon – Mr. Petrus Gordon, St Mark Church)