PRE-UNIVERSITY ORIENTATION FOR NEW STUDENTS

14 06 2011

 

ST. LUKAS, Kota Padawan – Seramai 21 orang peserta telah mengikuti program pra-orientasi untuk pelajar baru, K.I.T.A. (Keep In Touch Always) 21-22 Mei yang lalu. Kebanyakan peserta terdiri daripada pelajar lepasan tingkatan lima dan enam serta pelajar dari Institut Pendidikan Batu Lintang.

Antara topik yang diberikan adalah Iman Kristian dan Pengislaman, Isu-isu di Kampus, Analisa mengenai Isu Pelajar Dalam Perspektif Budaya, Sosial dan Agama serta Perhubungan yang Sihat. Salah satu perkara yang kebanyakan mereka pelajari dalam program ini adalah mengenai iman mereka sebagai seorang Kristian Katolik lebih-lebih lagi apabila menempuh cabaran dan dugaan dalam hidup terutamanya dalam kampus. Selain itu, mereka juga mempelajari bagaimana hendak menjalinkan perhubungan yang sihat. Topik-topik tersebut banyak mendedahkan mereka kepada realiti yang berlaku oleh kebanyakan pelajar dari Sabah dan Sarawak apabila mereka merantau ke Semenanjung Malaysia untuk melanjutkan pelajaran.

Sebelum program berakhir, para peserta diagihkan “survival kit” yang mengandungi maklumat yang boleh mereka rujuk apabila mereka berada di sana kelak termasuk risalah “In Defence of” yang mengandungi soalan dan jawapan mengenai dasar iman kita. Pihak penganjur juga menekankan kepada para peserta untuk berkongsi maklumat yang mereka telah peroleh daripada program ini kepada kawan-kawan mereka, terutamanya ynag melanjutkan pelajaran ke Semenanjung Malaysia.