Triduum Spiritualiti – Hari Paska yang unik!

16 05 2011

CEWC – Bermula dari 21-24 April 2011, seramai 885 orang peserta dan pelayan dari semua paroki dalam Keuskupan Agung Kuching telah berkumpul beramai-ramai di Christian Ecumenical Worship Centre (CEWC), Jalan Stampin buat julung kalinya untuk menyertai program Triduum Spiritualiti dengan tema “Siapakah Aku ini?” yang dipetik daripada Injil Markus 8:29.

 

Program tersebut dianjurkan oleh Komisi Belia Keuskupan Agung Kuching bersama-sama dengan belia di setiap paroki serta pelbagai kumpulan belia.  Ianya telah diilhamkan oleh Uskup Agung John Ha dan beliau merupakan penceramah utama sepanjang prorgam tersebut. Turut hadir ketika itu ialah Br. Ghislain dan Br. Andreas dari Taize untuk membantu para belia di Keuskupan Agung Kuching mengalami kehadiran Tuhan melalui doa Taize. Bukan itu sahaja, dalam input Uskup Agung John Ha, beliau telah menekankan siapakah Kristus pada dasarnya (kesengsaraan dan kebangkitan-Nya) dan apakah maksudnya untuk menjadi pengikut Yesus.

Triduum diakhiri dengan misa penutupan oleh Uskup Agung John Ha. Turut hadir untuk misa tersebut ialah para keluarga yang telah membantu untuk mengambil anak angkat khas untuk Triduum Spiritualiti.

Advertisements