ACS Youth Concert in Kuching

26 11 2010

Pada 20 November 2010, Sabtu yang lepas, Persatuan gereja-gereja di Sarawak atau Association Churches in Sarawak (ACS) telah mengadakan ACS Youth Concert yang bertemakan “Shine As Stars”, Philippians 2:15 di Christian Ecumenical Worship Centre dan Roman Catholic menjadi tuan rumah pada tahun ini. ACS Youth Concert ini dibanjiri daripada umat kristian daripada pelbagai gereja. Dalam konsert tersebut ini juga, dihadiri oleh 10 orang tetamu khas daripada wakil gereja-gereja lain. Di samping itu, kumpulan Empowered Ministry memberi persembahan yang mantap dan menarik dalam sesi puji dan sembah. Kemeriahan pada malam tersebut diteruskan dengan persembahan pentas daripada para belia mewakili 7 buah gereja iaitu Anglican, Sidang Injil Borneo, Salvation Army, Sevent Day Adventist, Roman Catholic, Methodist Chinese dan Iban. Salah satu persembahan ialah daripada kumpulan Gereja Roman Catholic  mempersembahkan Melodrama bertajuk “Yesus mati untukku”. Sebagai penutup tirai konsert tersebut, para belia dihiburkan dengan lagu ‘Bersyukurlah’. ACS Youth Concert pada tahun ini merupakan sangat meriah dan berakhir kira-kira pada pukul 10.30 malam. Diharap dapat berjumpa lagi di tahun hadapan dan Tuhan memberkati anda sekalian.

Grace Harrishyllin