2nd National Camp

11 06 2010

Pada 10th – 25th Mei 2010 yang lepas, Malaysian Catholic Students’ Council (MCSC) dengan bantuan Campus Ministry Office (CMO) Archdiocese Kota Kinabalu dan Diocese Keningau telah menganjurkan Kem National yang diadakan di Pace Bene, Purak, Papar, Sabah. Kem National ini diadakan empat tahun sekali dan menawarkan lima pelajar universiti dari setiap Arch/Diocese di Malaysia. Ini merupakan kali kedua Kem National diadakan anjuran Malaysian Catholic Students’ Council (MCSC) selepas kali pertama dianjurkan pada tahun 2006.

Tema Kem National kali ini ialah “Discipleship Empowered by God’s Word for Mission: Building A Future of Hope for Malaysia.” Tujuan Kem National ini diadakan adalah untuk menbentuk dan melatih pelajar Katolik menjadi seorang pemimpin yang mempunyai belas kasihan, bervisi dan bermisi dalam tindakan mereka dengan Vatican, FABC dan Catholic Social Teaching (CST). Seramai 32 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai Arch/Diocese telah menyertai Kem National ini. Antaranya ialah Sabah Catholic Students Council (SCSC) dan CMO Kota Kinabalu, CMO Keningau, Kuching Campus Ministry (KCM) dan CMO Kuching, Penang Coordinating Council (PCC) dan CMO Penang serta Melaka Johor Coordinating Concil (MJCC) dan CMO Melaka Johor.

Pelbagai ceramah dan aktiviti yang telah dilalui sepanjang Kem National ini. Di hari yang pertama, para peserta telah didedahkan dengan aktiviti yang berkaitan dengan pembangunan diri. Kebanyakan aktiviti pada hari ini dijalankan dalam kumpulan disertakan dengan ceramah. Di hari yang kedua, peserta-peserta didedahkan dengan realiti politik di Malaysia dan di hari yang ketiga membincangkan tentang isu globalisasi yang semakin menular terjadi di seluruh dunia. Pada hari keempat hingga hari yang keenam, para peserta mengikuti “Exposure” di daerah Keningau. Para peserta dibahagikan kepada tiga tempat yang berbeza iaitu ke ladang getah, ladang kelapa sawit dan penempatan orang migrant. Hari yang ketujuh dan kelapan, para peserta diajar untuk berfikir secara kritikal tentang isu-isu yang terdapat di tempat exposure dan mengimbas kembali apa yang telah dipelajari sepanjang exposure dijalankan. Pada hari kesembilan, peserta didedahkan dengan agensi-agensi bukan kerajaan (NGO) yang telah membantu ramai penduduk yang kurang diberi perhatian di negara kita. Pada hari kesepuluh dan kesebelas, peserta mengikuti ceramah yang dapat membina kesedaran dalam diri mereka tentang isu-isu yang berlaku di negara kita dan juga aktiviti yang melibatkan perancangan program dalam setiap Archdiocese. Di hari yang keduabelas dan ketigabelas, peserta didedahkan dengan keimanan dalam menjadi seorang Katolik serta membincangkan tentang penyataan terakhir (final statement) yang diketuai oleh drafting committee. Pada hari yang keempatbelas hingga keenambelas, peserta mengikuti aktiviti retreat dalam keadaan yang sunyi dan tenang yang dikendalikan oleh Fr. Jojo Fung.

Menurut Cindy Edward merangkap koordinator Kem National 2, dia dapat lebih memahami keadaan  kehidupan golongan yang ditindas, lebih mendalami nilai saling hormat menghormati antara satu sama lain serta mendapat pendedahan tentang badan-badan bukan kerajaan di mana kita dapat menyertai mereka untuk memastikan mereka yang memerlukan mendapat hak mereka. Selain itu, dia juga memberitahu bahawa dia dapat merasakan kehadiran Tuhan dalam hidupnya dengan menghargai segala yang telah diciptakan Tuhan. Dia juga menyatakan perasaannya yang bangga kerana dapat menjadi sebahagian daripada Local Organization Committee (LOC) dan melihat semangat yang ada dalam peserta-peserta yang mengikuti Kem National kali ini. Dia juga berasa terharu kerana Tuhan sentiasa menyertainya dalam memastikan semua peserta menjiwai Kem Natonal ini.

Secara keseluruhannya, peserta Kem Nationa kali ini dapat membina semangat kerasulan dengan mengikuti jejak Yesus dalam membantu mereka yang memerlukan. Selain itu, kem ini juga banyak membina kesedaran dalam diri peserta untuk lebih peka dan prihatin tentang isu-isu yang terjadi di negara kita dan berusaha untuk memberikan kesedaran yang sama kepada para remaja yang lain.

Sumbangan Geloria Kemban Ngumbang

Advertisements

Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: