Kem Singai 2010

29 03 2010

CMPC, Bau – Pada 19 hingga 21 Mac 2010 yang lalu, Young Christian Undergraduates (YCU), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Samarahan, telah menganjurkan Kem Singai di CMPC Singai, Bau. Tujuan utama kem ini dijalankan adalah untuk mengumpulkan semua pelajar Kristian dari semua institut pengajian tinggi (IPT) di sekitar Kuching yang merangkumi pelbagai mahzab gereja untuk bersama-sama melayani Tuhan sebagai satu keluarga. Seramai 56 orang peserta yang menyertai Kem Singai kali ini termasuklah ahli jawatankuasa kem serta peserta dari Politeknik Kuching. Tema Kem Singai pada kali ini adalah “Who Am I?”.

Menurut Joshua Joel, salah seorang peserta Kem Singai, melalui kem ini dia dapat membentuk dan memenuhi keperluan spiritual melalui doa Taize dan juga sesi Puji dan Sembah. Selain itu, dia juga dapat merasai kehadiran Roh Kudus semasa aktiviti “Foot Washing” berlangsung.

Salah seorang lagi peserta Kem Singai, Winna Enchuk memberitahu bahawa dia dapat merasakan yang Tuhan Yesus ada bersamanya dan membasuh kakinya semasa aktiviti “Foot Washing”.

Secara keseluruhannya, Kem Singai ini dapat  menyedarkan para peserta mengenai sejauh mana hubungan mereka dengan Yesus. Selain itu, kem ini juga dapat mencungkil bakat-bakat terpendam para peserta melalui malam kebudayaan yang berlangsung pada malam Sabtu. Kem ini juga telah menjawab persoalan yang sering menjadi tanda tanya iaitu “Siapakah Yesus?” dan jawapannya ialah Yesus ialah Tuhan dan Yesus adalah Raja yang sangat mengasihi kita!


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: