Vocation Camp 2009

10 12 2009

CMPC, Mt Singai – Seramai 71 orang peserta telah mengikuti Kem Panggilan yang dianjurkan oleh KAYVC dari 4 – 6 Disember 2009. Kem Panggilan tahun ini bertemakan ‘Faith in the Divine Initiative – the Human Response’ yang dipetik dari surat Pope Benedict XVI.

Dalam kem tersebut, setiap individu digalakkan untuk membuka hati mereka kepada Tuhan agar dapat memberi respon terhadap panggilan tersebut serta mempelawa Roh Kudus untuk bekerja dalam hidup setiap individu. Di samping itu, para belia juga dijemput untuk merenungkan dan mengenali panggilan Tuhan dalam hidup mereka masing-masing kerana Tuhan sentiasa berbicara dalam hati kita. Oleh itu, kita harus membuka hati kita kepada. Tuhan agar Dia dapat berbicara dan seterusnya agar kita dapat memberi respon terhadap panggilan tersebut.

Antara kongregasi yang terlibat termasuklah Diocesan Priesthood, SSFS, Good Shepherd, Daughter of St Paul, Carmelite Order dan La salle Brothers.