ACS Youth Concert

30 11 2009

CEWC, Jalan Stampin – ACS Youth Ministry telah menganjurkan Konsert Belia pada 22 Nov yang lalu yang bertemakan “Arise and Shine”, dipetik dari Yesaya 60:1. Konsert tersebut disertai oleh 7 buah gereja iaitu  Gereja Roman Catholic, Gereja Anglican , Gereja SIB , Gereja SDA, Gereja Methodist (Iban), Gereja Methodist (Chinese) dan Salvation Army. Seramai 9 orang peserta dari gereja Roman Catholic yang diwakili oleh Alumni Kuching Archdiocesan Youth Apostolate (AKAYA) telah menyertai persembahan dalam konsert tersebut. Jenis pesembahan yang dibawa adalah “mime & dance” yang bertajuk “Who Am I”.

Antara program yang dijalankan termasuklah persembahan dari setiap wakil-wakil gereja, puji dan sembah serta sesi perkongsian daripada salah seorang daripada tetamu jemputan. Dalam perkongsian tersebut, para belia digalakkan untuk terus bangun dan sentiasa bersinar dalam melayani Tuhan di setiap masa, dalam apa jua pekerjaan yang mereka lakukan.

Konsert tersebut diakhiri dengan puji dan sembah yang dipimpin oleh belia dari gereja SDA.

Advertisements