Projek Kajian Islam & Demokrasi di Malaysia

3 11 2009

jesus_bread

Pada 1 November 2009, Ahad yang lalu Institusi Peyelidikan (International Institute of Islamic Thought and Civilization & International Institute of Advanced Islamic Studies Malaysia) dan Institusi Pelaksana (Merdeka Center & CPPS) telah menganjurkan Siri Dialog Masyarakat bertempat di Hilton Kuching. Seramai dalam lingkungan 50 orang peserta telah hadir dalam dialog tersebut.

Objektif dialog ini adalah untuk mengadakan dialog atau perbincangan di kalangan rakyat Malaysia dan mengemukakan input berkenaan dasar-dasar kepada kerajaan Malaysia mengenai cara-cara meningkatkan demokrasi dan hak asasi manusia. Antara topik-topik yang dibincangkan adalah:-

  1. Urus tadbir yang baik (Good governance)
  2. Hak-hak kelompok minoriti (Minority Rights)
  3. Hak-hak wanita (Women’s Rights)
  4. Toleransi agama (Religious Tolerance)

Peserta-peserta yang datang adalah terdiri daripada pemimpin dan organisasi Islam serta agama lain, golongan profesional, institusi-institusi pengajian tinggi, wakil-wakil dari pelbagai parti politik dan pemimpin tempatan termasuklah dari gereja Katolik.

Semua peserta yang hadir diberi peluang untuk mengemukakan pendapat serta pandangan masing-masing terhadap topik yang dibincangkan tanpa menyentuh isu-isu sensitif yang boleh mengaibkan sesuatu agama atau kepercayaan kerana keempat-empat topik di atas menjadi isu teras dalam aspek kenegaraan. Responden dalam dialog tersebut telah menyimpulkan bahawa, rakyat Malaysia perlu ada persefahaman yang kukuh pada kepercayaan mereka masing-masing dan tidak meletakkan kepercayaan tersebut sebagai dasar atau cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul melainkan bertindak secara rasional dan berfikiran terbuka.

Pihak penyelidik akan mengeluarkan policy paper dan berharap dapat menggubal dasar-dasar awam yang dapat meningkatkan demokrasi dan pemantapan ajaran Islam secara rasional serta empat aspek perbincangan yang telah dibincangkan dalam meningkatkan hak asasi manusia di kalangan rakyat Malaysia.


Actions

Information

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s




%d bloggers like this: